Monday, April 21

Restoran mamak zaman sekarang :-) Air terjun pun ada :-)

Ada sekali tu hari Sabtu last week nak pergi ambik poslaju kat Post Office Seri Kembangan. Cukup tak suka area Post Office sini. Jalan sesak, parking kat office very limited. Setelah melalui sesak yang teruk walaupun hari sabtu pagi bila dapat parcel.....hmmmmmm.....tak gi ambik pun takpe :P. 

Perut kami 3 beranak sangat lapar akhirnya singgah cawangan restoran mamak yang ada juga kat area rumah kami tapi mamak ni kat Serdang. Ada sorang pekerja tu macam pernah nampak kat mamak area rumah kami. Kami duduk dekat dengan air terjun buatan. Kemain lagi mamak ni. Downlight pun lampu warna warni. Datang malam mau pening lampu very the colorful. Hehehe....Kat rumah kami pula, mamak ni ada air terjun kecik kat keliling restoran. Sanggup invest untuk deco kedai. 


Hubby makan nasi lemak. Rasa nasi ni kurenglah....


Me roti telur manakala Dania roti pisang :-) Sambal sedap jugak...


3 comments:

Related Posts with Thumbnails