Jumaat, April 11

Gaya seorang Ratu :-)

Hari Sabtu minggu lepas, kebetulan kat rumah takde air jadinya brunch kami pergi ke Bangi. Pusing punya pusing akhirnya singgah kat Mall Bangi Getaway. Me nampak dah kat Butik Ratu macam happening giteww. So takpe, isi perut dulu jadinya pergi makan kat Old Malaya Kopitiam. Dah settle makan, minta izin ngan hubby nak pergi usha Butik Ratu. Rupanya memang ada promo sempena pembukaan Butik ratu kat sini. Wahhhh langkah kanan ke haper.... 

Taken from Ratu's fb page

Baju kurung yang harga mahal-mahal pun offer RM50 ajer. Tak kiralah harga asal RM100++ ke RM70++ ker. Cuma 1 hari ni jer. Baju kurung me tak berapa minat nak beli walaupun harga affordable. Me beli tudung ni ajer. RM25 harga offer walaupun harga asal RM129. Kena tunggu emcee announce harga berbaloi then only boleh beli. 


Ni lagi satu yang me beli. Kena pakai inner kat dalam tu. Yang me beli ni luar ni ajer. Manis sangat sebab ada bunga kat luar. Kalau pakai gi function atau mana-manalah....nampak feminin sangat. Me beli 2 helai tudung gini. 1 untuk me, 1 untuk Dania tapi Dania kena tarik ke atas sikit la supaya sesuai dengan ketinggian Dania. Me punya warna ungu muda dengan bunga peach, Dania punya ungu pekat dengan bunga peach. Kalau sama dua dua nampak cam boria lak. Hehehe. Kalau pandai gayakan, kita leh buat gaya yang berbagai. 
Taken from Ratu's fb page

Not only kita dapat harga yang berbaloi baloi, tapi dapat goodie bag juga untuk pemegang kad Ratu. yang bestnya me cakap me tak bawa kad (Kad me tah kat mana letaknya pun) so me pun dapat goodie bag. Rupanya untuk 100 pengunjung yang pertama. Langkah kanan. Antara dalam goodie bag ni ialah buku doa doa harian, 2 coklat, voucher potongan RM20 dan........

Tudung 1/2 moon rekaan Ezuwan Ismail berkolaborasi dengan Butik Ratu. Bermanik halus, tudung chiffon ni. Me dapat warna hijau lembut. Alehaiiii camne nak pakai ni? A bit licin juga. Nice sangat warnanya....


Banyak juga tudung rekaan terkini cuma perlulah menutup pepe yang patut yer :-)

3 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...