Selasa, April 15

Makan Time : Restoran Haslam

Dah lama dah tak pekena kat Restoran Haslam ni. Bila tengok Restoran ni dah direnovate pun. Restoran ni terletak berhadapan dengan Hospital Tawakal. Dania pilih lauk ayam masak lemak dengan telur masin. 


Ni lauk pilhan me ni. Sayur pucuk paku dengan ikan masin tapi yang terlebih masin ialah sayur pucuk paku tu. ishhhhhh menyesal ambik banyak-banyak. Dah ada ikan bilis dalam tu ditaruhnya garam banyak. Tukang masak ni nak kahwin agaknya. Ikan masin ni tak berapa masin. 


Kuih muih kemain banyak kat sini. 


Hubby pilih mee bandunglah. 


Kami ambik pisang goreng ni 5 biji. 


Jadi ni lah bil kami. Murah? Boleh tahan? Mahal? Anda nilaikan sendiri....tapi tak puas hatilah lauk sayur tu masinnya :-(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Perginya abang ipar di bulan ramadan

Pada 26 Mac 2025 jam 6.13 pagi perginya abang ipar saya buat selama-lamanya. Hubby balik kampung jam 9 pagi macam tu. Saya dan Dania tak bal...