Jumaat, April 25

Passport Malaysia antara yang ke 9 terbaik buat pengembara

Wahhhh passport negara kita antara passport ke 9 terbaik untuk pengembara. Kenapa ke 9 terbaik di dunia? Ini  kerana kita boleh melancong ke 163 negara tanpa visa. Ada negara kalau nak apply visa kemain susah / leceh nak apply. Ni merujuk kepada negara US yer. 

Singapura pula jatuh pada anak tangga ke 6 dengan dapat melancong ke 167 negara tanpa visa. Singapura berkongsi kedudukan dengan negara Greece dan Australia. 

Singapura dan Malaysia merupakan 2 negara di Asia Tenggara yang termasuk dalam kelompok 10 passport yang terbaik untuk pengembara. 

Photo taken from here

Negara-negara yang tercorot termasuk dalam kategori passport yang teruk untuk melancong ialah Afghanistan yang boleh melancong ke 28 negara tanpa visa, Iraq (31 negara tanpa visa), Pakistan dan Somalia dengan 32 negara tanpa visa.

Best juga kan Malaysia ada termasuk dalam ranking 10 yang terbaik. Nak apply visa pun macam-macam requirement mereka. Kalau Chinese Visa nak kena gambar passport 1 dan boleh apply dengan travel agency ajer. Australian visa apply online kat travel agency dan dapat terus dan dan tu. ETA application. Cam kertas nipis ajer nanti staple kat passport. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...