Friday, April 4

Separuh nyawa ummi pergi........

Semalam petang, nak ambik Dania kat school tetiba electric gate tak boleh bukak penuh....memang cuak, hujan turun dengan lebatnya. Hubby sampai meredah hujan all the way dari KL naik motor nak ambik Dania. Ummi memang dah hujan lebat seiring hujan yang turun. Akhirnya terpaksa minta bantuan jiran yg sebetulnya ibu kepada kawan dania jugak. Fetch my dania at 6.52pm, sepatutnya Dania balik kol 6.30pm . Ummi yang cuak ni tunggu kat luar rumah nak payung anak ummi kalau dah tiba nanti.....Separuh nyawa ummi terbang semalam yer..... Hubby kata dia tiba kat sekolah Dania kol 7.15pm. Dania pun dah takde. Nasib i call dan bagitau ada orang ambikkan Dania balik. 

To Radhiati terima kasih banyak2. Bila tengok dalam kereta dengan baby, dengan Nadia bawak sekali nampak sangat nak tolong ambik Dania ajer walaupun Radhiati kata nak fetch anak yang sulung di school yang sama. Anak sulung beliau naik bas sebenarnya. Terima kasih banyak2. Radhiati siap whatsapp ummi gambar Dania dalam kereta sebab takut ummi risau. 

Walaupun ummi sebenarnya nak bertindak nekad melanggar electric gate sebenarnya.... 



Hidup berjiran kan....hari ni hari kita, esok lusa mungkin kita pula tolong beliau....kalau boleh tak nak dah experience gini lagi...sangat menakutkan. Me memang selalu ambik Dania awal dari sepatutnya supaya Dania tak tertunggu-tunggu. Lagipun zaman sekarang kan. Macam-macam boleh berlaku.....

Satu perkataan....syukur.....alhamdulilah....Dania ummi tengok relaks ajer. Ummi je macam orang tak siuman dibuatnya semalam....

5 comments:

  1. Macam tulah hati seorang ibu kan...

    ReplyDelete
  2. syukur....bagus nya dpt jiram macam tu...

    ReplyDelete
  3. kite faham. nak nak anak kite sorang je kan..

    ibuemir

    ReplyDelete
  4. electric gate tu malfunction sbb hujan ker..bahaya tu..
    penting ada jiran2 yg helpful :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah kak, risaunya. kan skrg ni byk sgt kes, takut kan bila fikir. mujur jiran akak baik. alhamdulillah dapat jiran yang baik2.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails