Thursday, April 17

Nak travel tinggal anak/anak-anak ke atau bawa bersama?

In my case kan anak je lah kan. Me and hubby memang kalau nak travel, be it jauh or dekat mesti nak bawak sekali Dania. Ada 2 orang kawan me kalau travel oversea akan travel berdua dengan suami (sekali sekalai bawak juga anak/anak-anak). Anak-anak kena tinggal dengan bibik tapi bila dah lama sangat kat luar, ingatan kepada anak-anak pun mula menerpa. Ye lah ibu kan. Faham. 9 bulan 10 hari mengandungkan anak kita. 

Pernah ajer masa me kecik2 kena tinggal ngan tuk dan nenek yang datang ke rumah me kat Ipoh sebab nak menjaga me and seorang adik me Eja sebab mama dan papa masa tu pergi travel ke Indonesia tak silap me. Ohhhh kena tinggal yer...Nasib le masa tu kami kecik lagi. Tak tahu makna kena tinggal. Maknanya mama and papa me sanggup tinggal me dua beradik. 

Me ada sesajer cakap kat hubby, kalau pergi haji nanti Dania boleh tinggal kat rumah one of my friend yang offer nak jaga Dania. Ni cakap-cakap ajer ni. Bukan dapat surat dapat pergi haji lagi. Dah daftar tapi nak kena tunggu lama tu. Bila cakap dengan Dania.....mulut tak habis habis cakap nak ummi....nak ummi.....lepas tu mata start berair dah. Mana pernah kena tinggal Dania ni. Kalau tak silap me, abang ipar me pergi Haji masa kecik juga. Cuma my friend yang offer nak tolong tengok-tengokkan Dania tu cakap kalau pergi sana, tak tentu juga waktu tidur, nak berjalan jauh takut Dania (budak-budak) tak selesa ajer. My hubby cakap bawak ajer Dania...Huhuhu...hubby pun tak nak tinggalkan Dania.....

So me tepek je la gambar travel kami ni. Memang tak lengkap la gambar kalau ada sorang tak ikut :-) Kalau nak ambik gambar, kena ada 3 step 'tangga'. Hehehe....tu sorang tu...nak ummi....nak ummi.....nak duduk sebelah ummi masa naik flight......


Kalau you alls, sanggup tak travel tinggalkan anak/anak-anak???


3 comments:

  1. tak sanggup.. pasal tu travel dlm Malaysia je sebab boleh angkut semua sekali. Kalau nak g oversea kena kumpul duit dulu.. Nak g umrah pun serba salah nak tinggalkan anak-anak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails