Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, April 27

Cotton untuk Hari Raya

Dah sibuk nak menempah untuk hari raya. Kain ni beli kat Nilai 3. Semuanya kain cotton. Sekarang ni cuaca sangat panas. Kain cotton sangat sesuai kerana dapat menyerap peluh. Bawah ni kain ibu dan anak. Ni buat baju kurung biasa.



yang ni pulak nak buat kain baju kurung saya dan dania. Oh ya baju melayu hubby pun dari kain yang sama. 


yang ni cadang nak buat dress kembang Dania :-)


yang ni baju kurung saya. Corak paisley macam dress Dania jugak. 


Gi lah bawak sume kain ni semalam kat Kompleks PKNS Shah Alam. Ingat nak tempah kat tempat biasa. Sekali....kakak tu dah tak ambik tempahan since bulan 12. Biar betul?. Pastu pegi dari satu kedai ke satu kedai yang lain semua dah tak terima tempahan sehinggalah satu kedai ni yang sibuk ukur badan seorang customer kata dia terima. Phewwww.....akhirnya. Bernasib baik jugak la. Bulan 5 pun belum lagi, dah tutup dah tailor ambik tempahan. Itu pun kakak tu kata nak tutup dah this week :-)

Kalau kata semalam tak jumpa nampak gayanya kena beli baju siap je la. Dah nak hampir give up dah masuk keluar kedai......

2 comments:

  1. me jenis beli bj siap jer..thn ni time raya tu me sarat dh sbb dh 8+ months time raya..

    ReplyDelete