Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 25

Laman me terpilih untuk FREE makeover sempena Aidilfitri

Me agak busy jugak sebab pagi-pagi kena pergi hantar Dania kat school. Lepas tu kena ambik orang dekat Puchong Perdana. Nasib la not so far dari rumah me :-) Bila me tiba rumah tak lama kemudian datang la krew semua nak set up kamera bagai. 


1 Feb : me hantar email bilik Dania dan laman rumah untuk rancangan ni. Lama juga gap person in charge tu nak call.
9 Mac : Dapat call waktu malam kata ada landscape designer dan director nak datang tengok halaman rumah me.
12 Mac :  Director rancangan makeover dan landscape designer datang tengok halaman. Director set terus shooting time. Seminggu dari tarikh hari ini.
19 Mac : Makeover rumah me.

Cameraman ni me kenal masa rancangan cabaran Calciyumm hos Awal Ashaari tu. Bising sikit cameraman ni.


Krew sedang korek tanah laman depan rumah me.


Bunga dan pokok yang bakal ditanam di laman hadapan rumah me :-)


Cameraman sedang sibuk shoot laman me yang telah dimakeover :-)


Mereka sedang shoot program ni yang bakal ditayangkan bulan Ramadhan tahun ini. Me akan announce nanti. Laman lepas makeover me tak boleh tunjuk sepenuhnya.

Seorang director, 3 krew production, seorang jurukamera, seorang jurusolek, 2 krew laman, seorang pakar landskap, seorang pelakon. Me dok kat dalam rumah tengok perjalanan shooting ajer. Lega juga sebab tuan rumah boleh rehat kat dalam rumah while krew sume kat luar ;-). 


Alhamdulilah berserilah laman rumah me sempena nak menyambut aidilfitri nanti. Erkkk lambat lagi nak aidilfitrinya tuh.Mereka berkampung kat rumah me dari pukul 9 pagi sampai 3 petang. Elok juga tu sebab dalam 3.30 petang nak gi ambik Dania pulak. 

Shooting asyik dok cut sebab landscape designer pemalu orangnya.....hehehe...kena usik dengan cameraman, pelakon dan director. 

12 comments: