Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, March 17

Bersyukur semuanya selesai....

Minggu lepas blog ni agak sunyi sebab me agak busy ulang alik rumah - sekolah - hospital. Hubby me masuk hospital sebab kemalangan. Actually masuk hospital ni pun lepas 3 hari bengkak di kaki tak surut. Klinik panel suruh further check up di Specialist. Rupanya memang ada tulang kaki yang patah. Ishhh me sangat susah hati :-(

So Sime Darby Medical Center Subang Jaya tempat pilihan hubby. Faktor dekat dengan sekolah Dania yang menyebabkan hospital ni menjadi pilihan. Senang la me nak lari2 ulang alik sekolah + hospital.


Masa ni tak operate lagi. Hubby patutnya layak untuk 2 orang sebilik tapi sebab penuh bilik tu jadinya duduk la 4 orang sebilik. Kira strategik juga sebab bilik ni tepi tingkap. Sepanjang kat sini, hubby takde siapa yang teman memalam. Me and Dania tidur kat rumah.


Setiap pagi ada orang tukar bedsheet.


Luar bilik ada visitor's Lounge.


Ni pulak sepanjang hubby kat sini, dok lalu lalang je area ni.


Kalau lapar, ada restoran kat SDMC ni.


Hubby and Dania yang baru balik sekolah. Ni la tempat first tuju sebelum balik rumah.


Photo ni selepas Operations. Tengah mamai2 lagi hubby. Masa nak masuk ops theater tu, me pergi solat dulu. Patut schedule pukul 4 lebih, bila me pergi bilik hubby.....hubby dah dibawa pergi kat ops theater dah padahal baru pukul 3 lebih. Adehhh sebaknya tuhan je yang tahu sebab tak sempat nak jumpa hubby. Tapi, me rasa kalau me ada kat situ, dah tentu me lagi sebak.....me spesis senang mengalirkan airmata.


Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Hubby selamat menjalani Operations di bahagian kaki. 5 hari 4 malam jugak la kat Hospital. Me rasa sangat bersyukur kerana kos hubby ditanggung oleh ING. Kos keseluruhannya dalam RM8000++ selama 5 hari 4 malam di SDMC. Memang selesa sepanjang kat sini. Selesa sekalipun, hati terfikir-fikir nak balik je. Now hubby dah selamat berada kat rumah :-)

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. syukur semuanya telah selesai... take a good care both of you and Dania too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lin ;-) bersyukur sangat. Selagi tak keluar sekali tu susah hati....

      Delete
  2. alhamdulillah...moga cepat sembuh...moga k.ezna sentiasa kuat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks fatahiyyah. Kalau tak kuat pun kena kuat gak.....lega fasa kat hospital dah selesai....;-)

      Delete
  3. macam mana selesa hospital tu, memang hati terngiang2 nak balik.. tak sama suasana hospital dengan rumah..

    moga hubby u dapat rehat dengan baik dekat rumah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..get well soon...be strong ezna....

    ReplyDelete
  5. same2..saling mndoakan antara satu sama lain...:)
    akk sy dh mula aktif berblog...hehe....selamat berblog yer...jemput dtg my blog yg dh "direnovate" hehehe...

    ReplyDelete