Lembu ni datang hari khamis lagi jadi malam sebelum hari raya kami datang sini nak tengok lembu. Hubby pula ada taklimat untuk petugas-petugas korban. Kawasan ni sangat luas dan terletak berdekatan dengan tanah perkuburan islam.
Insya Allah lembu No. 31 ini akan dijadikan korban untuk tahun ini. Bahagian lembu ini dikongsi oleh 7 penama. Dari jauh saya cakap dengan Dania kecik je lembu ni...Dania kata gemuk ummi berlapis-lapis badannya. Tak nampak sangat dari gambar ni. Nak pergi dekat kena lalu lembu-lembu yang lain. Ummi takut.

Beberapa ekor lembu yang lainnya. Katanya ada 38 ekor lembu dan 1 ekor kambing bakal dikorbankan.
Bukan sekadar taklimat tetapi ada juga bertakbir. Petugasnya pula di lapangan untuk lembu dalam 300++ orang. Ye lah ada berapa ekor lembu kan....belum termasuk yang memotong dan menimbang daging. Area sini semuanya diselia dan dilakukan oleh kaum lelaki. Perempuan tak ada.
Pagi Aidiladha saya dan Dania ke surau. Saya suka awal ke surau sebab nak tempat di bahagian bawah. Kalau kat atas selalunya ada anak2 kecil. Surau bawah ni lebih sejuk juga dan tenang.
Pada jam 9.30 pagi, petugas kena bersedia di lapangan. Saya minta hubby ambik gambar lembu atas nama Dania. Moga menjadi saksi untuk Dania di sana nanti....insya Allah. Setelah selesai haiwan dikorbankan ini juga bermakna Dania terlepas dari larangan memotong kuku dan rambut. Alhamdulilah. Dapat gambar ni pun jam 9.45 pagi.
Dari sini barulah nampak lembu ni perut buncit dan banyak isi juga....

Moga ibadah ini diterima oleh Allah dan moga kami dimurahkan rezeki untuk membuat ibadah korban lagi. Insya Allah....
XOXO,
Ezna
Salam Aidil Adha.
BalasPadamSemoga ibadat korban mendapat ganjaran berlipatganda di sana.
Salam Aidiladha Amie....aamiin......
PadamSelamat hari raya aidiladha.
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidiladha.
PadamSelamat Hari Raya Aidil Adha Ezna...
BalasPadamBanyaknya lembu korban tempat Ezna... Sempat ke selesai dlm sehari? Di masjid kariah kami 29 ekor, split 2 hari
Semoga ibadah kita diterima hendaknya 🤲🏻
Itulah macam cepat juga siapnya. Start 9.30 pagi. Dalam 11.30 pagi dah settle boleh ambil daging untuk yang ada kupon. Tahun lepas pun sama juga cepat juga siapnya. Kawasan penyembelihan lembu ada 300++ orang petugas. Tukang potong daging dan timbang asing. Tak masuk lagi dalam 300++ petugas tu. Jam 1 petang pula untuk lebihan daging yang tanpa kupon. Katanya selesai beri semua daging. Handle orang2 sakit pun ada JPAM juga ditempatkan di sini sebabnya HQ JPAM mmg dekat area Kg Dato Abu Bakar Baginda. Setiap petugas namanya dah ada dicatatkan sehari sebelum dan juga ada team simpanan juga PH.
PadamTernyata selesai semua dalam masa sehari. Para petugas semua lelaki dan tak ada wanita.
Aamiin untuk doanya....moga allah pandang kita dengan rahmatnya....
PadamSelamat hari raya Aidil Adha...
BalasPadamAlhamdulillah, dah selesai...semoga diterima ibadah korbannya...
Semoga ada rezeki linda untuk melakukan korban pada tahun hadapan..aamin
Aamiin. Moga ada rezeki kita semua untuk buat korban tahun depan.
PadamSelamat Hari Raya AidilAdha
BalasPadamSemoga ibadah korban yang dilakukan mendapat pahala yang besar.
Terima kasih. Moga kita semua diberi rezeki yang berlipatganda lagi....
PadamKemarin tuh di sini kurbannya terpaksa lanjut 2 hari. Krn raya haji Indonesia jatuh hari Jumat tgl 6. Tak selesai pemotongan, sebab ada sholat Jumat. Lalu terpaksa dilanjutkan Sabtu nya.
BalasPadamOhhh Hari Raya jatuh pada Jumat ya....ya lah kalau ada solat jumat lagi mesti tak sempat kan....
PadamRamai petugas tu ya, Alhamdulillah kerja lebih cepat.
BalasPadamAamiin.. semoga ibadah qurban Allah terima 🥰
Ya petugasnya ramai dan lelaki pulak semuanya tu. Aamiin untuk doanya....
Padamsalam eidul adha utk u sefamili. i slow2 BW ni, ptg ni rasa dh sihat sikit, pg td i gi clinic uia amik mcm2 ubat
BalasPadamsalam aidil adha... tahun ni tak gi tgk lembu korban pun, iris sampai merajuk
BalasPadamSalam Aidiladha Kak Ezna sekeluarga...
BalasPadamBanyak lembu korban kawasan Kak Ezna ye...
Rezeki Dania buat korban tahun ni, Alhamdulilah....
Semoga kebaikan & pengorbanan kita dikira disana nnt ye sis..AMin...
BalasPadam