Rabu, Jun 18

Program Zootopia Zone : Learn, Explore, Protect

Pagi 17 Jun 2025, Dania ada aktiviti satu kelas kat SMK Seafield, USJ jadi selepas pick up karipap kat Dapur Qaseh, kami pun menuju ke Masjid UPM untuk solat subuh. Selesai solat, nak balik tu terjumpa lecturer Dania masa asasi Miss Amizatul Najeha yang manis ni. Sekarang ni Asper 20 dan Dania dulu Asper 18. Miss ni ajar subjek Agriculture dan masa tu Dania kena bantu penjual peneram kat Pasar Tani Stadium Shah Alam menjual. Ini memang dalam subjek agriculture. Ada kolaborasi diantara FAMA dan UPM. Bukan Dania part time kerja bantu peniaga peneram. Memang dalam silibus asasi. Jadi masa tu FAMA akan tanya peniaga yang nak pembantu di gerai. Dania akhirnya dapat upah RM30. Jadilah....seronok dapat membeli pula di Pasar Tani situ. Boleh baca di sini

Awal Miss dah tiba UPM ya. 


Lepas tu kat boot kami 3 beranak masukkan karipap dalam plastik. Guna plastik ya nak masukkan karipap pun. 


Bila tiba kat bas, Dania distribute kat kawan-kawan. Order karipap kentang sebab ada pelajar berbangsa India. 


Saya tak perasan Dr. Nazri. Bila tengok gambar....rupanya ada lecturer. Saya dok ingatkan Dr Bahiah yang ikut. Dr. Bahiah direct ke SMK Seafield. 

Saya dah terbiasa agaknya dengan student Sekolah Menengah sebab aktif KSIB dan PIBG sampai terbawa masa Universiti. Hehe


Sebelum bas jalan, driver bas duduk kat luar dan tanya saya jalan nak pergi SMK Seafield tu lalu mana?. Saya bab jalan memang fail la lepas tu panggil la hubby. Driver bas pun dapat karipap juga. Nak ambik hati supaya bawa bas elok2. Alhamdulilah Dania kata achik bas bawa elok2. Nak bawa tak elok macamana sebab jalan pun jam. Kita risau kan sebab ada kes kemalangan bas UPSI baru-baru ni. Minta dijauhkan.....


Haiwan yang ada dalam pameran mini zoo ni seekor Prairie Dog yang manja. Kalau orang dekat2 dia akan pergi kat hujung cage mengharapkan orang pat dia. Prairie Dog ni yang menjerit kat atas bukit tu dalam IG ke TT tu. 


Eiiiii Dania elok je pegang Iguana. Dania kata dia baik dan comel. 


Ular yang Dania paling geli. Jangan tarik ekor ya sebab ular akan terkejut. 


Spesis tikus belanda kot ni. 


Burung kakaktua...hinggap di jendela.....


Haaa manja tak Prairie Dog ni?.


Ini kalau perasan la sebijik watak jahat dalam Monster Inc movie animasi tu yang boleh bertukar warna tu. 


Kucing ni Dania jumpa kat kantin SMK Seafield. 


Bersama pelajar-pelajar Form 3 SMK Seafield, USJ. Moga boleh memupuk minat dalam STEM nanti ya. Dania dulu minat Forensik selepas pelajar2 UKM bersama universiti Australia, Murdoch University buat pameran CSI kat SMK Jalan Empat. Minat Dania sentiasa berubah-ubah la tapi yang sama minat Dania terhadap sains tak pernah berubah. 

4 gambar bawah dari facebook SMK Jalan Empat. 





____________________________________________________________________________

Fast forward.....Dania bersama pelajar SMK Seafield, USJ. 


Video kelas Dania setelah tamat program. 



Aktiviti yang dijalankan seperti permainan, ada talk tentang haiwan ternakan dan lain-lain. Ada la pelajar ni selit supaya kepentingan melindungi haiwan2 ini. 

Aktiviti yang menarik juga. Dania kata sekolah sediakan nasi tomato dengan ayam masak merah beserta roti. Alhamdulilah. Terima kasih SMK Seafield kerana mengalu-alukan kedatangan pelajar Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian Tahun 1 dengan tangan terbuka. Last year senior Dania buat aktiviti kesukarelawan dengan kuda kat Benua Equestrian untuk sebjek Livestock Extension ni. Cuba teka nama siapa yang daftar diantara yang terawal?. Dania la....😅. Mungkin orang first yang daftar. Boleh buat apa2 aktiviti pun. Asalkan adanya penglibatan haiwan. 

Markah paling banyak dari penganjuran program ini untuk subjek Livestock Extension selain markah diambil dari 2 Test. Tak ada final exam. Moga Dania dan kawan-kawan dapat markah yang terbaik dan tertinggi. Aamiin. 

Busy sangat mereka bulan 6 ni. Ni weekend ni pun mereka ada aktiviti juga. Nanti saya update. 




XOXO,
Ezna



 

6 ulasan:

  1. Insyaa Allah. Moga Dania dan kawan2 cemerlang dalam pengajian Sains Haiwan ni. Kenapa dulu masa di sekolah, tak di expose tentang course ni. Menarik sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Mulan. Terima kasih mendoakan. Kadang2 sekolah tak expose macam ni. Sekarang ni saya tengok sekolah dah mula terbuka untuk menerima kehadiran pelajar Universiti. Aktiviti macam ni boleh memupuk semangat cintakan Sains dan seterusnya boleh menceburi bidang STEM pula.

      Padam
  2. berani diana pegang iguana...ular kita pernh sentuh geli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berani Amy kecuali ular. Kalau ular memang bye bye....kita tak suka sentuh haiwan2 ni takut gila....kecuali yang keras2 macam kura2 dan tapak sulaiman. Lain2 macam geli....

      Padam
  3. Alhamdulillah selesai dah program yang ini..
    Dania memang penyayang dengan haiwan kan..baguslah amik course ni..kena betul..
    Aunty penakut n penggeli...kalau kena join program macam ni mau lari duduk jauh-jauh hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha macam sama je Sue dengan akak....penakut dan penggeli memang takde la nak pegang2 ni.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Program Zootopia Zone : Learn, Explore, Protect

Pagi 17 Jun 2025, Dania ada aktiviti satu kelas kat SMK Seafield, USJ jadi selepas pick up karipap kat Dapur Qaseh, kami pun menuju ke Masji...