Sabtu, Jun 7

Tengok lembu & Ibadah Korban

Lembu ni datang hari khamis lagi jadi malam sebelum hari raya kami datang sini nak tengok lembu. Hubby pula ada taklimat untuk petugas-petugas korban. Kawasan ni sangat luas dan terletak berdekatan dengan tanah perkuburan islam. 

Insya Allah lembu No. 31 ini akan dijadikan korban untuk tahun ini. Bahagian lembu ini dikongsi oleh 7 penama. Dari jauh saya cakap dengan Dania kecik je lembu ni...Dania kata gemuk ummi berlapis-lapis badannya. Tak nampak sangat dari gambar ni. Nak pergi dekat kena lalu lembu-lembu yang lain. Ummi takut. 


Beberapa ekor lembu yang lainnya. Katanya ada 38 ekor lembu dan 1 ekor kambing bakal dikorbankan. 


Bukan sekadar taklimat tetapi ada juga bertakbir. Petugasnya pula di lapangan untuk lembu dalam 300++ orang. Ye lah ada berapa ekor lembu kan....belum termasuk yang memotong dan menimbang daging. Area sini semuanya diselia dan dilakukan oleh kaum lelaki. Perempuan tak ada. 


Pagi Aidiladha saya dan Dania ke surau. Saya suka awal ke surau sebab nak tempat di bahagian bawah. Kalau kat atas selalunya ada anak2 kecil. Surau bawah ni lebih sejuk juga dan tenang. 


Pada jam 9.30 pagi, petugas kena bersedia di lapangan. Saya minta hubby ambik gambar lembu atas nama Dania. Moga menjadi saksi untuk Dania di sana nanti....insya Allah. Setelah selesai haiwan dikorbankan ini juga bermakna Dania terlepas dari larangan memotong kuku dan rambut. Alhamdulilah. Dapat gambar ni pun jam 9.45 pagi. 

Dari sini barulah nampak lembu ni perut buncit dan banyak isi juga....


Moga ibadah ini diterima oleh Allah dan moga kami dimurahkan rezeki untuk membuat ibadah korban lagi. Insya Allah....




XOXO,
Ezna

 

19 ulasan:

  1. Salam Aidil Adha.
    Semoga ibadat korban mendapat ganjaran berlipatganda di sana.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha Ezna...
    Banyaknya lembu korban tempat Ezna... Sempat ke selesai dlm sehari? Di masjid kariah kami 29 ekor, split 2 hari
    Semoga ibadah kita diterima hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah macam cepat juga siapnya. Start 9.30 pagi. Dalam 11.30 pagi dah settle boleh ambil daging untuk yang ada kupon. Tahun lepas pun sama juga cepat juga siapnya. Kawasan penyembelihan lembu ada 300++ orang petugas. Tukang potong daging dan timbang asing. Tak masuk lagi dalam 300++ petugas tu. Jam 1 petang pula untuk lebihan daging yang tanpa kupon. Katanya selesai beri semua daging. Handle orang2 sakit pun ada JPAM juga ditempatkan di sini sebabnya HQ JPAM mmg dekat area Kg Dato Abu Bakar Baginda. Setiap petugas namanya dah ada dicatatkan sehari sebelum dan juga ada team simpanan juga PH.

      Ternyata selesai semua dalam masa sehari. Para petugas semua lelaki dan tak ada wanita.

      Padam
    2. Aamiin untuk doanya....moga allah pandang kita dengan rahmatnya....

      Padam
  3. Selamat hari raya Aidil Adha...
    Alhamdulillah, dah selesai...semoga diterima ibadah korbannya...
    Semoga ada rezeki linda untuk melakukan korban pada tahun hadapan..aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Moga ada rezeki kita semua untuk buat korban tahun depan.

      Padam
  4. Selamat Hari Raya AidilAdha
    Semoga ibadah korban yang dilakukan mendapat pahala yang besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Moga kita semua diberi rezeki yang berlipatganda lagi....

      Padam
  5. Kemarin tuh di sini kurbannya terpaksa lanjut 2 hari. Krn raya haji Indonesia jatuh hari Jumat tgl 6. Tak selesai pemotongan, sebab ada sholat Jumat. Lalu terpaksa dilanjutkan Sabtu nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh Hari Raya jatuh pada Jumat ya....ya lah kalau ada solat jumat lagi mesti tak sempat kan....

      Padam
  6. Ramai petugas tu ya, Alhamdulillah kerja lebih cepat.
    Aamiin.. semoga ibadah qurban Allah terima 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya petugasnya ramai dan lelaki pulak semuanya tu. Aamiin untuk doanya....

      Padam
  7. salam eidul adha utk u sefamili. i slow2 BW ni, ptg ni rasa dh sihat sikit, pg td i gi clinic uia amik mcm2 ubat

    BalasPadam
  8. salam aidil adha... tahun ni tak gi tgk lembu korban pun, iris sampai merajuk

    BalasPadam
  9. Salam Aidiladha Kak Ezna sekeluarga...
    Banyak lembu korban kawasan Kak Ezna ye...
    Rezeki Dania buat korban tahun ni, Alhamdulilah....

    BalasPadam
  10. Semoga kebaikan & pengorbanan kita dikira disana nnt ye sis..AMin...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buah betik dah dipetik

Buah betik dari pokok betik yang 'magic' yang entah mana datang biji benihnya....buahnya dah membesar dah. Tengok ada jugak yang sed...