Dania ada jemputan open house kawan sekelas UPM dia kat Shah Alam. Entah kenapa bebudak lelaki tu pandang sini. Mungkin ingat Dania salah seorang kawan mereka agaknya. Drop je Dania kat sini. Kalau dah selesai phone la ya.
Saya dan hubby pun saje la round round kat rumah sewa hubby kat flat Seksyen 6 tu. Lepas tu cakap kat situlah parking motor...bla bla bla....citer dulu2 la.
Kemudian, saya ajak ke UITM Shah Alam pula tempat saya ambil degree dulu.
Nak masuk guard tanya tapi saya cakap saya alumni. Nak tengok sebab lama dan rindu. Mungkin tak banyak kereta yang masuk. Cuti aidiladha kan. Kami dilepaskan masuk.
Lepas tu ada la tersesat juga. Saya dah lupa jalan naik bukit ni. Hehe. Dulu...cukup terer ya.
Depan ni dulunya fakulti perakaunan. Bangunan yang sama.....saya Fakulti Pengurusan & Perniagaan. Saya ambil The Chartered Institute of Logistics & Transport (UK). Saya ambil peperiksaan professional untuk menjadi seorang yang kompeten dalam logistik dan pengangkutan. Lepas belajar kalau saya kerja dalam industri pengangkutan selama 5 tahun, saya dah boleh apply untuk mendapat akreditasi iaitu ada huruf MCIT di belakang nama saya. Ia bersamaan dengan mengambil Masters. Maknanya seorang ahli badan professional The Chartered Institute of Logistics & Transport.
Saya pernah la bekerja di bidang pengangkutan iaitu di Kontena Nasional Berhad tapi 3 tahun ajer. Kawan sekelas saya dulu ramai Angkatan Tentera Malaysia yang jaga bahagian pengangkutan yang berpangkat Mejar & Kolonel. Selain itu fresh dari STPM atau Diploma. Saya dan kawan saya seorang je perempuan. Lain semua lelaki. Patut 3 orang tapi seorang tu tarik diri sebab kursus ni agak mencabar sebabnya yang menanda kertas bukan orang Malaysia tetapi akan dihantar ke luar negara di kalangan negara Komanwel. Saya dan kawan saya grad 2 tahun. Saya dan kawan saya Emi kiranya pioneer yang grad 2 tahun sebab belum ada yang grad 2 tahun tetapi selalunya 3 tahun ke atas dan bertahun-tahun. Saya dan Emi grad dengan senior sebabnya kawan sekelas semuanya tak lepas paper lagi. Bayangkan yang senior grad tu pun kiranya beberapa tahun ambil exam baru lepas jadi tu yang grad dengan saya tu.
Saya juga hampir kecundang juga sebab pertamanya saya terjumpa senior yang tak lepas paper sampai tahun ke 5. Saya cakap habislah kalau beliau 5 tahun....saya berapa tahun pula?. Keduanya sebab exam dan cuti pun tak sama dengan kawan-kawan serumah yang ambil Degree di UITM (Masa kat UITM Shah Alam saya menyewa dengan kawan2 ex Diploma UITM Dungun). Saya belajar ikut masa di UK. UK cuti kami cuti la. Agak tertekan masa tu sebab orang lain cuti jadi saya je kena belajar lagi. Ketiganya ada subject yang saya rasa macam tak boleh bawak dah....tak tahu macam mana saya bangkit dan bermotivasi. Cumanya saya letak kertas kat purse saya...saya tulis nak kahwin awal. Nak tak nak kena lepas paper cepat2. Calon ada takde tu lain kira la. Keempat....kawan sekelas semuanya lelaki kecuali saya dan kawan saya. 2 orang ajer jadi kadang2 perkataan yang tak enak dengar tu terpaksa dengar....(jokes yang double meaning. Nak nak jokes Uncle tentera yang dah kahwin tu) 😓. Lepas tu kalau la kawan saya tu tak sihat...dah tentu saya seorang ajer perempuan dalam kelas.
Saya rasa amat bersyukur kerana kami semua hanya bayar yuran yang berpatutan. Kertas exam dari UK tu setiap satunya dibayar oleh pihak UITM. Alhamdulilah sebab ianya dalam duit pound ya. Kiranya macam sama juga dengan ambik ACCA juga paper professional untuk menjadi seorang akauntan yang bertauliah.
Masa saya ambil exam tu, paper yang diambil hanya perlu lulus C dan ke atas dan tak ada CGPA. Bawah C tu kena ulang. Nak ulang pula kena tunggu 1 tahun lagi bila peperiksaan dijadualkan untuk tahun semasa. Tu yang kalau kena repeat kena tambah la tahun. Jika lulus semua paper yang diperlukan barulah lulus dan boleh la grad.
Jadi, jika ditanya tentang pengalaman kerja di syarikat pengangkutan ni, saya ada pengalaman naik kapal Kontena dari Greece yang berlabuh di Pelabuhan Klang. Naik atas kapal besar tu yang tangganya agak kecil dan licin disebabkan ada tumpahan minyak. Gayatnya masa tu. Hanya observe kat atas kapal tu dan dengar penerangan sedikit. Cumanya dinasihatkan berada berdekatan dengan kawan-kawan saya disebabkan mereka dah lama merantau. Berbulan-bulan kan....masa tu saya seorang je perempuan. Lepas turun tu naik pula satu kapal kecil yang membawa muatan alatan seperti senapang. Pengalaman yang saya dapat di sini.
Saya ada juga pengalaman naik lori Kontena tu duduk sebelah driver dan ikut menghantar Kontena ke Perodua di Rawang. Masa tu Perodua merupakan client Kontena Nasional. Jadi ikutlah driver hantar kontena tu. Bila tiba kat guard Perodua, bila ditanya siapa saya? Driver cakap boss saya....
Inilah secebis kenangan saya....bila Dania takde motivasi masa ambil course sebelum ni cerita ni la saya akan ulang dan ulang. Saya pun pernah takde semangat nak teruskan course saya.
Belah kiri ni Fakulti saya dulu. Kalau tingkat 1 tu belah kanan tu arah ke Perpustakaan. Selalu juga saya ke sini untuk study. Kemudian bila dah tutup sambung pula kat Baca Lewa kat bawah sebab situ buka 24 jam.
Inilah tempat saya belajar dulu. Kelas semua diadakan di sini. Tengok la jadual untuk tahu bilik kuliah mana yang kuliah kami berjalan tu.
Sekarang ni dah jadi Arshad Ayub Graduate Business School. Pelajar Degree Fakulti Pengurusan & Perniagaan semua ditempatkan di kampus Puncak Alam.
Ini pula cafe tempat saya makan dulu in between classes. Tak pun saya panjat kat Menara tu. Kalau nak tahu bangunan Menara tu warna coklat atas bukit gambar no 3 (atas). Kawasan UITM Shah Alam ni berbukit jadi bersedialah nak mendaki dan menurun bukit. Saya bawa kereta manual mama saya kat UITM Shah Alam ni. Selalulah berdoa tak jam masa kat atas bukit. Naya ohhhh sebab gear manual. 😅
Ada pokok kemboja putih dan pokok ni memang saya lupa time saya dulu ada ke?.
Cantik bunganya ni.
Hubby pula lulusan UPM & UTM. Diploma di UPM dan Degree di UTM. Dulu ya Diploma UPM di Serdang. Sekarang ni Diploma UPM semua kat Bintulu, Sarawak.
Elok je saya tengah syok2 tengok kenangan di UITM....Dania call kata dah nak balik. Aikkkk....rasanya ada 15 minit - 20 minit agaknya. 😅
Ambik dulu Dania sebelum kami makan ABC kat Food Court Seksyen 2. Ini ABC Special. Susah pulak nak menghabiskannya.
Makan juga ayam gunting tapi tak rangup pun la sebab ayam dah liat.
Singgah solat kat Masjid Al Ikhlas Seksyen 13. Ni masjid yang saya suka kalau berada di Shah Alam.
Bergambar kat dalam masjid. Cantik pokok-pokok dan design taman dalam ni. Rasanya dulu kat tempat batu-batu tu ada kolam.
Hari ni ada pula flashback ya....pengalaman masa dulu la yang menjadikan saya yang sekarang ni. Saya rasa tips meletakkan kata-kata motivasi dalam purse tu saya praktikkan setelah dengar pakar motivasi yang bagi ceramah. Benda kita nak sangat kita tulis dan tengok selalu jadi akan semat dalam minda kita. Bila teringat kat minda kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Saya idaklah dapat kahwin awal tapi saya dapat habiskan degree saya cuma 2 tahun. Kita akan work for it.
Mana yang baik kita ikut, kalau yang sebaliknya kita tinggalkan.
XOXO,
Ezna
tahniah kak ezna sebab berjaya menghabiskan dalam masa yang singkat dan course yang takde girl sangat...terbaik lah kak...dulu2 linda tak berapa mahir pasal nak sambung beljar, dalam otak nie..janji masuk U, banggakan mak ayah...sebab dalam adik beradik linda sorang je yang masuk U dengan proper...tapi tula, rezeki ajal maut tuhan dah tentukan..habis belajar, tak sempat nak kerja berbakti dengan mak ayah...dah kahwen..😅😅
BalasPadamBila course tak ada girl ni rasa macam stress juga. Linda terus kahwin...akak 2-3 tahun lepas grad barulah kahwin. Rezeki masing2 kan.....alhamdulilah kahwin juga akhirnya....sebab dapat pasangan ni pun satu rezeki juga. Ada yang takde pasangan.
Padamcomel baju dania ada bunga2 (brooch ker) sekali tgk mcm bunga kemboja bentuknnya
BalasPadamBunga tu hiasan je Suzz. Memang ada kat baju tu. I dulu ingatkan tu butang tapi hiasan semata-mata.
PadamMenariknya kisah hidup Kak Ezna..baru tau course Kak Ezna macam tu..
BalasPadamSaya pun kalau masuk UiTM Shah Alam akan sesat sikit..banyak tambahan bangunan kan..jalan pun dah bersimlang siur dah..bangunan lama saya cam lagi, yang narj-baru memang saya blur😄
Luar biasa juga tahapan pendidikan dan karier yang Mbak telah lalui.
BalasPadamAh jadi ini sambil hantar Dania jadi flashback ke masa muda zaman kuliah di kampus itu ya Mbak. Bangunan kampus nya bagus sekali Mbak.
Salam,
Nice story sis..Sy dulu sem 3 out sikit...Alhamdulillah bangkit semula..Waktu tu mujur ada Hata...Hrp2 kalau che mek & Ammar ade rezeki sambung belajar, mereka akan kongsi cerita dgn kami...
BalasPadammengimbau kenangan manis....tahniah ezna, hebat TCI of logistic & transportation
BalasPadam