Khamis, Jun 12

Elmina Lakside Mall

Setelah solat di Masjid Al Ikhlas tu, hubby bagi idea ke mall yang kami tak pernah pergi. Berpandukan maps, kami pun sampai kat sini. 

Jom la kita jalan-jalan sini di Elmina Lakeside Mall. 


Bila tiba kat Twigs Bookshop ni Dania nak masuk. Budak yang pantang nampak kedai buku. 


Comelnya teddy bear besar ni. 


Dania peminat Jellycat tapi tak pernah beli la sebab mahal. Soft toy asal London. 


Masuk F.O.S. pulak sebab nak mengimbau kenangan. 


Ada singgah kedai buah juga. Dania beli buah anggur, saya nak beli buah nanas siap potong ni je lepas tu letak asam banyak-banyak. 


Kedai buahnya. Design dia memanjang. 


Design besi tinggi tu macam pernah nampak kat Singapura. Nampak kat internet je la. 


Kat depan sales gallery ni ada haiwan ni. Haiwan ni takut2 sebab berdekatan ada orang pakai suit gorilla. Dia asyik tertunduk je. Kesian tengoknya. 


Dania pegang kuda padi. 


Cantik pula area ni banyak pokok2 macam keladi. Sejuk mata memandang. 


Ni Dania pantang nampak kalau ada Watson. Suka test lipstick kat tangan. 


Ada tempat boleh basuh kesan lipstick tu. 


Ada tempat duduk juga dengan kat depan tu ada air Coway kalau nak minum. Ada cawan kertas disediakan. 


Cantik landskap kat luar ni. Ada kolam dengan pokok dan bunga. 


Cantiknya tumbuhan akuatik ni dengan 3 warna berlainan. 


Oh Bayu Somerset pun ada kat sini. 


Luas dan tema warna vibrant tu macam trademark Bayu Somerset ni. 


Takde shopping apa kecuali buah-buahan je. Saje nak explore Elmina Lakeside Mall ni. You alls dah sampai ke sini?. 




XOXO,
Ezna
 

15 ulasan:

  1. kak ana pernah mai sekali je sini, meriah tapi panas lit lit kan sebab dia open concept .

    BalasPadam
  2. Elmina Lakeside ni cantik, tengok ramai yang share. Adik2 pun cakap, pergi lah.

    BalasPadam
  3. Nice lah tmpt ni sis...Sy belum smp lg =D

    BalasPadam
  4. Dania suka membaca ya Mbak? Itu yang pertama didatangi Dania bookstore... Hehehe...lucu juga berfoto dengan teddy bear yang besar itu.

    Jadi belanja apa saja disana Mbak?

    Salam,

    BalasPadam
  5. Belum sampai, macam tak akan sampai kot, hihi.

    BalasPadam
  6. Belum sampai ...
    Dah tak nampak crowded macam awal² buka dulu..

    BalasPadam
  7. Kuda padi tu menarik utk dilihat.. comey jer.

    BalasPadam
  8. Belum pernah sampai lagi. Nanti la next time ke sana boleh plan singgah sini.

    BalasPadam
  9. Ini kalau suami saya lihat, memang lah bisa kalap dia belanja macam2. Saya yg harus tarik tangannya 🤣🤣. Tp menarik lah ada tempat jual buah, cantik, terlihat segar. Puas saya beli buah2 di sini

    Oh Dania macam saya, sukaaa sangat produk bibir. Dari lipbalm, liptint, lip oil, saya sukaa sangat. Paling sering beli makeup, pasti lipstik , 😁

    BalasPadam
  10. Suka tgk Elmina lakeside mall ni, vibe mcm di oversea gitu

    BalasPadam
  11. tak pernah sampai lgi..MPO tu, masa dok Melaka pu n, pernah sampai sekali je.. hahaha

    BalasPadam
  12. cantiknya kawasan..,suka landscape keladi dan pon yang ada teratai tu

    BalasPadam
  13. so far baru sekali jer i pergi situ. cantik tempatnya, design vibe2 obersi, cuma kalau cuaca panas terik,memang panasss sbb open concept gitu kan

    BalasPadam
  14. Macam-macam lagi ada ye..gi malam kedai dah banyak tutup, jadinya tak perasan..kena try pergi siang la nampaknya hihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang kami buat di Bandar Bukit Mahkota?

Apa yang dibuat ni?. Saya nak ke sini sebenarnya. 2KM Florist. Kat sini bunga2 tiruan harga agak berpatutan dengan barang bunga-bunga. Seben...