Isnin, Jun 23

Bila shopping sikit....

Pada 20 Jun 2025, ada meeting yang Dania kena attend di Fakulti Pertanian. Kena pakai tudung warna kelabu, blouse putih dan seluar hitam. Jadi, Dania ikutlah warna tema. 


Ni pula petang Sabtu pada 21 Jun 2025, bila hubby ajak minum petang. Kami singgah la minum petang di Alamanda. Lepas minum petang kat food court, saya dan Dania singgah Parkson dalam Alamanda ni. Benda ni kalau kita cari selalunya susah nak jumpa. Kalau tak cari ada pulak. Nak mencari blouse putih. Jenuh juga mencarinya dalam Parkson ni bahagian wanita tapi banyak pula yang tak berkenan sehinggalah jumpa yang satu ni. 


Lepas tu cari seluar hitam pulak. Ada yang cutting dia ketat, kalau ketat memang Dania dia tak selesa pakai. Baju ketat pun tak berkenan. Elok la kan tahu mana yang boleh, mana yang tak....Hubby dia tak pergi area women ni dia gi area men. Takde pembelian tapi window shopping je. Nampak banyak potongan harga kata hubby. 


Jumpa la cutting seluar yang besar sikit. Nak kata macam palazo pun bukan tapi bukan skinny cut la. Kalau palazo Dania kata dia tak sesuai pakai sebab macam badut. 😏


Ni disebabkan satu jawatan ni...nanti later saya tulis. Lepas shopping sikit, singgah pula beli roti boy. Lepas tu baru la kami balik. 

***Nanti saya bw kat blog kawan2 ya....




XOXO,
Ezna



 

6 ulasan:

  1. Rindu pulak kat alamanda ....selalu lepak kat situ kalau waktu rehat hihihihi. (Dulu ke kat Everly Hotel)

    BalasPadam
  2. yeay shopping!
    kadang, kita rasa kita da ada baju ikut tema tapiii tu la, nak juga shopping yg bawu.
    jika yg tiada tu, wajarlah shoppingnya.

    BalasPadam
  3. Nampak macam akak2 korporat dania pergi meeting nanti. Pakai semua seragam 😁

    BalasPadam
  4. Kadang macam tu lah Ezna, bila nak cari, payah nak jumpa. Roti boy, lama pulak tak makan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila shopping sikit....

Pada 20 Jun 2025, ada meeting yang Dania kena attend di Fakulti Pertanian. Kena pakai tudung warna kelabu, blouse putih dan seluar hitam. Ja...