Sabtu, Jun 7

Makan di tepi sungai di Kuala Kangsar

Kat Bandar Kuala Kangsar ni kami plan nak makan di food court tepi sungai. 
Kat bawah ni menara jam di Kuala Kangsar. 


Order ABC saya share dengan Dania dan hubby order cendol. Memang nikmat makan ABC sebab cuaca panas kat sini. 


Nak order apa ya?. 


Saya dan Dania sama order Laksa Sarang. Tudia sarangnya......macam mana masak telur jadi macam ni?


Kat bawahnya tersoroknya laksa. 


Mee Rebus hubby yang kuahnya cair. 


Ada macam lukisan belakang bangunan sini berdekatan food court tepi sungai. 


Marilah kita mengabadikan gambar kat sini. Masa ni tak ada orang. Tak segan la nak berposing bagai cumanya cuaca yang panas je la. 


Kami...



Selesai di sini kami bertolak ke.....ke mana kami ni?
Kena lalu pintu gerbang ni. 


Kami nak menunaikan solat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ni. Cantik masjidnya. Ternampak gang rombongan Mat Salleh dari Belanda juga. 


 Lepas ni meneruskan balik perjalanan kami....moga tak ada la jam bagai masa kami datang tu.


***Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Balik kampung ke?. Kami di sini ajer. Insya Allah akan membantu untuk ibadah korban dan ada buat korban juga tahun ini. Kalau kawasan saya ni melapah dan semuanya dibuat oleh orang lelaki. Takde bantuan dari pihak perempuan. Dengar cerita ada 38 ekor lembu tahun ni dan 1 ekor kambing. Pihak masjid yang handle bergabung dengan surau-surau di bawahnya. Banyaknya lembu tahun ni. Rasanya tahun lepas kurang sikit. 





XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. Banyak tu lembu nya.. Semoga ibadah korban nya diterima Allah.. Aamin2...

    Dah pernah makan laksa sarang burung tu, tapi tak rasa nak repeat.. Kalau telur tu lembik tak lalu pula makannya..

    BalasPadam
  2. Lama tak balik kuale. Arwah opah husband duk kuale. Sedap laksa kuale.

    BalasPadam
  3. Kalau di sini, masak telur barendo itu wajib pakai minyak panas dan banyak. Lalu biasa ada semacam alatnya, berlubang2 gitu. Menarik juga, first time saya liat laksa macam nih

    Saya tak lihat kurban, tak sanggub kak 😅😅. Bisa pingsan liat darahnya.

    Tapi saya kurban kerbau di kampung papa, Sibolga. Di sana kerbau LBH banyak drpd sapi/lembu. JD memang orang2 biasanya kurban kerbau. Papa ada kirim foto2nya, memang tak saya buka lah, takut tak sanggub 😅

    BalasPadam
  4. Banyak tu haiwan yang dikorbankan.. centralised ya masjid buat untuk surau bawahnya.

    Masjid Ubudiah tu memang cantiklah designnya.

    BalasPadam
  5. nice la pic outdoor ber3 tu... raya thn ni my famili amik 3 portion (My mom dan adik2 ), i tak buat korban thn ni, insya Allah thn dpn kalau ada rezeki dan pnjg umur

    BalasPadam
  6. x pandai makan laksa sarang burung tu..laksa biasa..fav

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lepas Bibimbap, Hwachae pulak....

Dania kata lecturer Korea suruh bawa kimbap sebab nak makan sekali dalam kelas Bahasa Korea. Kalau kat FamilyMart nama dia Onigiri. Onigiri ...