Ahad, Jun 8

Sup Tulang Hari Raya Aidiladha

Saya dan Dania sediakan bahan memasak dulu sebelum hubby balik bawa tulang. Potong bawang besar, putih, bawang merah kecil, halia, cili api, cili merah dan buah keras. Saya juga sediakan 4 sekawan dan dalam 1 bekas tu campuran serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam secukup rasa dan rempah sup Mak Siti. Oh ya daun sup, daun bawang jangan lupa. Kali ni saya masukkan bay leaf. Bau bay leaf ni wangi sangat. Lobak merah pun saya masukkan juga. 

Alhamdulilah....tulang dah dicuci....


Masukkan dalam Noxxa dan masak 50 minit. Alhamdulilah kejadian sup tulangnya. Warna sup ni gelap lagi sebenarnya. Kat sini warna cerah sebab pencahayaan. 


Makan dengan telur yang dah rupa martabak pulak ni. 


Ini je lah hidangannya....Alhamdulilah kenyang dah. Hubby sebelum sup ni masak sempat la melelapkan mata. Penat sangat membantu tadi. Balik pula ngam ngam hari pula hujan. 




XOXO,
Ezna
 

10 ulasan:

  1. Dekat kg pun mendung2 je.. Alhamdulillah tak hujan waktu proses sembelih dan melapah..

    BalasPadam
  2. Plan nak buat sup daging hari ni dengan telur dadar. Sedap dah ni.

    BalasPadam
  3. mmg wajib menu ni bila aidiladha tp kita blum masak lagi

    BalasPadam
  4. Ngam tu sup daging dan telur dadar. Ringkas dan sedap.

    BalasPadam
  5. memang sedap la sup tulang gini!

    BalasPadam
  6. Sedapnya sop tulang ini Mbak, apalagi ditemani telur dadar...yummy

    Salam,

    BalasPadam
  7. Saya masih bingung nak masak apa daging yg saya dpt 🤣🤣. Tak pandai masak daging yg belum dipotong2 lah. Apalagi mutton. Kalo salah masak, bau dia tajam nanti

    BalasPadam
  8. Sedap sup tulang daging segar ni kan.

    BalasPadam
  9. adoi la ramai buat sup tulang ni..nak kena buat jugak ni..sedap nampak

    BalasPadam
  10. Sedapnya Kak Ezna..ni mesti sup dia jenis berempah pedas-pedas kan?suka kalau sup daging jenis macam ni..nanti nak try buatlah....
    Raya kami panas Kak Ezna..cuma nak midnite on the way balik rumah hujan lebattt...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lepas Bibimbap, Hwachae pulak....

Dania kata lecturer Korea suruh bawa kimbap sebab nak makan sekali dalam kelas Bahasa Korea. Kalau kat FamilyMart nama dia Onigiri. Onigiri ...