Jam 12 tengahari kami pun check out dari Hotel.
Coffee House dekat Hotel ni ada halal ya.
Lukisan dekat dinding hotel.
Dalam perjalanan balik, kami nak singgah laluan keretapi yang lama dulu iaitu di Victoria Bridge. Perjalanan dari SSL Traders Hotel ke Victoria Bridge ni dalam 59km. Ramai juga kat sini nak mengambil kesempatan cuti 3 hari kan.
Saya ni memang sejenis yang takut jika platform atau jambatan yang boleh nampak bawah. Besinya berlubang. Kat Victoria Bridge ni pun lantainya berlubang.
Bergambar satu family kat hujung je. Haha menahan takut tu. Sorry nak suruh saya jalan-jalan sampai tengah tu. Hubby dan Dania ok je. Saya memang gayat sikit. Cemas je kalau nak lalu atas ni.
Ini pula laluan kat tepi.
Binaan di belakang ni menggunakan bata merah. Sangat estetik nampaknya.
Ternampak bunga kat sini jadi saya pun ambil gambarnya.
Bunga telang.
Dari wikipedia :
Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Enggor, Kuala Kangsar, negeri Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897, dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri dan orang-orang kenamaan pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson. Sekarang jambatan itu dijadikan tempat pelancongan pada semua orang. Sekarang telah diadakan Gallery Victoria Bridge berdekatan di kawasan jambatan tersebut.Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.
Baru sekarang berkesempatan nak ke Victoria Bridge. You alls dah pernah sampai sini?.
XOXO,
Ezna
Wahhhh..Cantik..Bleh masuk dlm wishlist ni =D
BalasPadamwahhhh memang nampak menarik ni ...
BalasPadamtk pernh smp bridge ni..adik kita ada singgah bergmbr kt sini
BalasPadam