Isnin, Jun 2

Bila terjumpa anak owner Butik Sri Munawwarah Design | Taman Tun Dr. Ismail

Lepas majlis di Putrajaya, kami menuju ke Taman Tun sebab saya plan nak beli sesuatu tapi kami singgah Masjid At-Taqwa dulu. Bergambar setelah selesai solat. Dania berlatarbelakangkan partition masjid. Kemain lawa la dengan corak Morocco. Masjid ni kalau lama je tak pergi ada je perubahan. Carpet pun nampak baru. Partition pun baru juga. 


Anak ummi nampak malu-malu meow sebab apa tak tau. 


Haaa ni meow yang betul. Tadi masa ambik wuduk dia tidur tempat lain. Selesai solat dia ubah tidur tempat lain pulak tapi.....gaya tidur tetap sama. 😅. Panas pulak cuaca kat luar ni...apa lagi zzzz lagi best....


Ok dah tiba butik munawwarah dah. 


Jaga kaunter tu adik kepada owner Munawwarah ni. 


Dania tengah membelek Palazzo agaknya. 


Ni pula kat tempat parking dan ternampak Chew Wan. Lawa la Restoran Chef Wan dari luar. 


Dania tengah main-main dengan kucing di sebalik pintu kaca kedai yang dah tutup. Rasanya kedai pet shop kot ni. 


Ini Kak Ina (Haslina Ali) anak kepada owner Munawwarah. Ada 3 pintu kedai kat sini tapi kedainya bukan dekat2. Kena jalan sikit la. Kedai ni pernah tutup untuk orang awam disebabkan isteri sultan terengganu nak membeli belah kat sini. 


Ruangan yang cukup kemas. 


Sri Munawwarah Design pandangan dari luar. 


Selalunya saya akan beli stokin tapak tebal ni untuk adik beradik atau kawan terdekat yang nak menunaikan umrah atau haji. Memang selesa sangat sebab stokin ni tebal di tapak dan bila berjalan tu macam atas karpet tebal. Saya pernah menggunakannya pada tahun 2014 masa pergi umrah. 

Saya nak hadiahkan kat jiran saya sebelum beliau ke tanah suci untuk ibadah haji. Ikutkan saya akan beli online je tapi takut tak sempat nak sampai sebab saya terjumpa jiran saya tu hari sabtu baru beliau beritahu akan berangkat menunaikan haji....minggu depannnya rabu dah nak ke tanah suci. Alang-alang ada kenduri kat Putrajaya....lajak pula ke Taman Tun Dr. Ismail. 

In return, beliau nak bacakan doa saya pada hari Arafah.....terharu saya....😩. Moga doa yang dikirimkan akan diangkat oleh Allah....Moga Amisah Mohd Amir dipermudah urusan di sana dan dikurniakan haji yang diterima oleh Allah. 


Lepas ni hubby ajak pula ke......ok nanti lepas ni saya update. 




XOXO,
Ezna
 

13 ulasan:

  1. Semoga puan Amisah dikurniakan haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang.. Aamin2

    BalasPadam
  2. Masjid kayangan ni hehe. ..
    Alhamdulillah masih beroperasi ye Sri Munawwarah ni. Dulu² baca majalah Anis, selalu nampak iklan dan article pasal SM. Antara pelopor pakaian mualimah kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Masjid ni memang masjid penduduk sekitar Taman Tun dan banyak pula dananya tu. Munawwarah ni dah lama dah kat Taman Tun tu. Masa Wardina kahwin pun ada satu baju warna purple tu kain dia beli kat Munawwarah. Ya pelopor pakaian umrah, haji dan lain2.

      Padam
  3. Siap kena tutup ye permaisuri terengganu nak shopping.

    BalasPadam
  4. bagusnya u bagi hadiah socks tu ezz. very2 useful

    BalasPadam
  5. Geram betul tengok kucing terlentang tu!

    BalasPadam
  6. Cantik-cantik sekali gaun yang ditawarkan di butik Munawwarah itu Mbak.
    Jadi Mbak dan Dania beli gaun juga ya disana?
    Oh iya itu kucing asyik sekali posisi tidurnya...hehehe

    Salam,

    BalasPadam
  7. Moga dipermudah kan semua urusan Amisah dan beroleh Haji yang Mabrur.

    BalasPadam
  8. Wow..pilihan VIP jugak ye kedai ni...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Sarapan pagi yang meriah | Mak Kimbong

Pada 31 Mei 2025, masa cuti panjang baru-baru ni kami ke Mak Kimbong untuk bersarapan pagi. Rupanya banyak kedainya tapi nak pilih makanan d...