Weekend hari ahad pada 29 Jun 2025, plan nak masak sup tulang. Mulanya nak masak hari sabtu tapi sebab dah keluarkan udang dan terlupa nak masak sup tulang jadilah kejadian masak lemak cili api udang dan belimbing buluh.
Hari ahad terjadinya lah sup tulang tapi ada masukkan juga daging sikit. Garnish dengan daun sup dan daun bawang yang banyak.
Buat juga cili kicap untuk pertama kalinya masak sup daging. Bila masak sup daging tak pernah la saya sediakan cili kicap ni. Blender je bahan-bahan ni tapi tak hancur sangat la. Eh sedap la sebab boleh potong rasa lemak dari daging tu.
Ada juga telur dadar. Saya suka letak bahan dalamnya seperti lobak merah, daun sup dan daun bawang, cili api, cili merah, bawang merah dan bawang besar.
Alhamdulilah untuk rezeki ini. Bila hubby dan Dania kata sedap memang senyum la sampai ke telinga. Rasa bahagia je. Selagi boleh masak, saya akan cuba masak. Pengikat kasih sayang hubby dan anak juga. Tak kisah la you masak apa...pasti kasih sayang you curahkan dalam masakan you juga....😍
You alls masak / makan apa hari ahad?
XOXO,
Ezna
SA masak seperti yang SA dah publish kat blog, sedapnya sup tulang...ada sikit lagi tulang rusuk lembu dalam fridge...weekend ni boleh la buat....
BalasPadamperghhhh merecik shedapppppp 😍😍😍
BalasPadamkita masak sup tulang time cuti awal muharram aritu
BalasPadamagreed sgt! semlm pun i masak2 jugak (yg simple2 ajer setakat yg i reti hahah)
BalasPadamammi masak sarapan je hari ahad sebab lepas sarapan nak ke Melaka hantar anak balik asrama
BalasPadamTengok pun sedap nih Kak Ezna..inikah pulak yang makan tu kan hihihi
BalasPadam