Jumaat, Jun 20

Kenduri kahwin dan terjumpa .........

Kat kawasan saya ni ramai orang berumur yang lebih umurnya dari kami. Dah tentulah anak-anak pun dah besar2 kan....jadi bila anak dah besar tibalah masanya untuk mendirikan rumahtangga. Bertigalah kami menaiki kereta ke tempat majlis. Takdelah jauh mana tapi kena naik kereta juga sebab panas sangat kan sekarang ni. 

Banyak juga makanan yang dihidangkan. Nak ambik gambar beria makanan tu segan sebab ada satu Lecturer Fakulti Pertanian, UPM yang datang majlis juga. Hehe. Ni wefie kat tempat kami makan je la. 


Lepas tu ternampak Azian Mazwan juga kat sini. Selalunya nak terserempak dengan Azian Mazwan ni kat rumah kawan Dania sebab Azian Mazwan dan ayah kawan Dania tu sepupu. 2-3 kali juga jumpanya kat rumah kawan Dania tu. Kali ni terserempak kat sini jadi saya pun approach la ambik gambar dan tanyalah pertalian dengan rumah kenduri ni. Rupanya ada pertalian saudara dengan suami Azian ni. 

Terima kasih Azian sebab sudi ambil wefie dengan saya. Kalau adik saya la idak la dia approach macam saya ni. Kenal sangat adik2 saya tu. 😅. Nak masuk IG pun kata eh malu la.....

Azian ni artis dulu2 yang nyanyi lagu bukannya belas....bukan simpati....niat yang ikhlas letaknya di hati.....


Gambar pengantin ke apa ke tak ambik pula....Saya cakap dengan hubby asyik kenduri kahwin je kat sini...lepas tu dah kahwin dapat anak, majlis akikah pulak....elok je cakap macam tu ada jemputan akikah pulak....😅






XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. Artis tu nama macam pernah dengar cuma muka tak ingat.

    BalasPadam
  2. Alaa tak kenal artis tu. Tapi nampak muda juga dia, artis awal 2000-an gitu lah ye?

    BalasPadam
  3. heehe i sama mcm adik u la bab2 nak bergmbr dgn mana2 retis. segan i hahahhah

    BalasPadam
  4. Saya sama dengan adik kakak 🤣. Memang segan kalo ajak orang utk berfoto hahahaha. Tp kalo saya diajak, tak apa hihihi...

    Sekarang dah tak aktif sebagai penyanyi kak azian nya ya kak?

    BalasPadam
  5. Azian Mazwan Sapuan kan~kan~kan? Rumah Kecil Tiang Seribu (ni kita google) lagu tu best. Kita suka sebut nama dia, ala bernada pantun gitu.
    Kita udah lama tidak kekenduri, bila rindu nak makan sik kenduri, tapau je di salah satu gerai sik kenduri dpn sekolah daktiga ni.

    BalasPadam
  6. Kecik molek je orangnya ye ...
    Alhamdulillah berturut² dapat jemputan kenduri. Rezeki Ezna selalu raikan orang juga ni esp kawan² Dania tu :)

    BalasPadam
  7. Azian Mazwan itu artis penyanyi ya Mbak?
    Pasti senang bertemu Azian dan sempat juga berfoto selfie...

    Salam,

    BalasPadam
  8. Wahhh Azian ni low profile betul kan.

    BalasPadam
  9. kecik molek mcm tu je dia ni kan

    BalasPadam
  10. Bestnya dapat makan nasi minyak kenduri kahwin. Yelah kan, dekat pun kita nak naik kereta. Kalau jalan kaki confirm berpeluh punya dengan cuaca panas. Taknaklah macam tu. Wah, dapat jumpa artis sekali. Muka dia macam tak berubah ye. Maintain awet muda.

    BalasPadam
  11. Sedap suaranya tu... rasa tak nyanyi dah lepas kahwin.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penangan K Drama Crash Landing On You

Sebelum ke Switzerland, satu family khatam dulu K Drama Crash Landing On You. Jadi kalau pergi melawat shooting location tu masing-masing ta...