Ahad, Jun 29

Brisk Walk waktu petang di Putrajaya

Pada 28 Jun waktu petang, kami sempat meluangkan masa briskwalk di depan kediaman Qatar ni. Sebelum tu kami pernah briskwalk di depan kediaman Iraq. Entah la ada orang ke takde dalam kediaman ni. Nampak cuma guard je kat pondok guard. 


Kediaman Qatar berwarna putih. 


Memanjang kediamannya. 


Kami mula kat atas ni berjalan sampai kat bawah ni kemudian naik atas balik mendaki. Takde la teruk sangat mendaki tapi mengah jugak la. 😅. Landskap kat Putrajaya ni dijaga elok. Nampak juga area kediaman negara yang kosong dulu tapi sekarang ni dah dibersihkan dari hutan. Mungkin pembinaan kediaman konsulat akan dijalankan tak lama lagi. Kalau tengok sekitar sini macam area kediaman konsulat negara Islam seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan lain-lain. 


Sambil berjalan, ambil gambar tumbuh-tumbuhan. Bunga dari pokok sempadan yang ditanam tepi jalan.


Daun pokok sekitarnya berwarna hijau tapi pokok yang ni berdaun merah. Macam ala ala daun maple pulak. 


Sesekali nak kena briswalking juga untuk kesihatan. Macam malas je nak keluar rumah tapi paksa diri je ni. 




XOXO,
Ezna





 

6 ulasan:

  1. Area putrajaya ni byk tempat boleh riadah kan... Semua bersih dan selamat

    BalasPadam
  2. luas pemandangan...sejuk mata memandang

    BalasPadam
  3. bestnya dpt brisk walk dan menikmati fresh air :) i lom start lg laa aktiviti2 gini...lately kan trend pickle ball tu..mcm teringin nak try laaa

    BalasPadam
  4. Oh baru tau ada kediaman utk negara timur tengah tu.. baru dibuat ke?
    Ni utk menteri2 sana yg visit malaysia ye

    BalasPadam
  5. Brisk walk area taman macam ni best sebab banyak pokok dan bunga utk melalaikan diri dari kepenatan..

    BalasPadam
  6. Persekitaran yang menarik..gambar cantik

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Brisk Walk waktu petang di Putrajaya

Pada 28 Jun waktu petang, kami sempat meluangkan masa briskwalk di depan kediaman Qatar ni. Sebelum tu kami pernah briskwalk di depan kediam...