Pada 28 Jun waktu petang, kami sempat meluangkan masa briskwalk di depan kediaman Qatar ni. Sebelum tu kami pernah briskwalk di depan kediaman Iraq. Entah la ada orang ke takde dalam kediaman ni. Nampak cuma guard je kat pondok guard.

Kediaman Qatar berwarna putih.

Memanjang kediamannya.
Kami mula kat atas ni berjalan sampai kat bawah ni kemudian naik atas balik mendaki. Takde la teruk sangat mendaki tapi mengah jugak la. 😅. Landskap kat Putrajaya ni dijaga elok. Nampak juga area kediaman negara yang kosong dulu tapi sekarang ni dah dibersihkan dari hutan. Mungkin pembinaan kediaman konsulat akan dijalankan tak lama lagi. Kalau tengok sekitar sini macam area kediaman konsulat negara Islam seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan lain-lain.
Sambil berjalan, ambil gambar tumbuh-tumbuhan. Bunga dari pokok sempadan yang ditanam tepi jalan.
Daun pokok sekitarnya berwarna hijau tapi pokok yang ni berdaun merah. Macam ala ala daun maple pulak.
Sesekali nak kena briswalking juga untuk kesihatan. Macam malas je nak keluar rumah tapi paksa diri je ni.
XOXO,
Ezna
Area putrajaya ni byk tempat boleh riadah kan... Semua bersih dan selamat
BalasPadamluas pemandangan...sejuk mata memandang
BalasPadambestnya dpt brisk walk dan menikmati fresh air :) i lom start lg laa aktiviti2 gini...lately kan trend pickle ball tu..mcm teringin nak try laaa
BalasPadamOh baru tau ada kediaman utk negara timur tengah tu.. baru dibuat ke?
BalasPadamNi utk menteri2 sana yg visit malaysia ye