Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Saturday, September 19

Rock and Roll di Hard Rock Hotel Desaru Coast 2

Pagi ni breakfast dekat hotel ajer. Nak makan pun kena ikut SOP ye. Kena pakai facemask. Akan ada staff bawa kita ke meja. Tak boleh terjah je coffee house macam hari biasa. Lepas dah selesai makan, kita cari la port cantik untuk bergambar. Gambar ni ada beberapa pose la. Ambik satu dah la. Dania pun ada pose kat kerusi ni juga. Ummi ambik satu je dia marah. Tak aci dia ambik gambar ummi dan ayah beberapa pose. 😝😝😝. 


Nak tunggu Roxtars ni bukak pun ya. Nak tengok kedai ni sebab comel je bila mengintai dari luar. 


Dah masuk dalam, berkenan dengan bear comel ni. Bear ni limited edition dan ada dijual di seluruh cawangan Hard Rock di seluruh dunia. Ia bukan sekadar bear tapi boleh menyanyi. Kalau menginap dekat Hard Rock Hotel boleh mendapatkan barangan kat kedai ni dengan potongan 10% off.  


Ini berdekatan dengan coffee house tempat kami breakfast tadi. 


Kalau datang Hard Rock Hotel wajib ambik gambar kat port ni. Ni saya minta tolong orang ambikkan gambar. Kalau guna selfie stick tu gambar tak penuh. 


Kat sini ada bas yang kita boleh naik secara percuma untuk ke hotel berdekatan, Adventure Water Park atau pantai berdekatan. Kami pun naik bas ni tapi nak pergi ke setiap stop bas ni dan akan berakhir dekat Hotel Hard Rock la. Ada jadual bas ni yang telah ditetapkan. 


Lepas balik naik bas tu terus ke bilik untuk kemas apa yang patut sebab nak check out dah hari ni. Ni luar bilik dekat balkoni. Ada pintu tu boleh slide kalau nak tutup dan privacy. 


Bilik kami mengadap water park yang baru kat Desaru tu. Kami tak sempat pun nak singgah sini.


Bye Bye Hard Rock Hotel. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. 


Kemudian lunch dulu berdekatan dengan Hard Rock Hotel. Banyak kedai makan area sini. Kami singgah kat Secret Recipe. Secret Recipe ni cantik dan restorannya besar tapi masih ada penjarakan sosial. 


Jambatan ni rasanya boleh dikatakan mercu tanda kat Desaru. Kalau nampak jambatan ni maknanya dah dekat la nak tiba Desaru. Jalan nak ke Desaru masih 1 lane jadi harap2 beberapa tahun akan datang ni tambah la jadi 2 lane sebab ramai juga pelancong ke Desaru. 


Hari ni kami nak ke Johor Premium Outlet. Dah alang-alang kat Johor kan. 


New normal katanya. Kalau nak masuk kena scan suhu dan scan aplikasi My Sejahtera. Dah siap semua barulah boleh masuk. Suami masa ni cari parking lepas drop kan saya dan Dania. 


Dah masuk dalam tak terus jalan dulu tapi cari port nak duduk. Duduk la kami dua beranak atas batu. Tempat duduk pula semua dah occupied. Kalau ada pun tengah panas jadi takpelah duduk atas batu pun batulah. Nak tunggu suami pun ya jugak. 


Panas terik masa kami ke Johor Premium Outlet ni. 


Memang aim nak masuk ke Bath & Bodyworks jadinya kena beratur. 


Masa ni tunggu suami shopping kat mana entah. Dania paw ayah dia aiskrim. 


Tak banyak kedai pun singgah. Singgah kat mana-mana yang aim ajer sebab nak bertolak balik rumah. 


Hasil tangkapan kat Bath & Bodyworks ni seperti sabun tangan, sabun mandi, pewangi bilik dan perfume mist. Ada buy 2 free 1 sabun tangan tu. 


Perjalanan balik kami disambut dengan awan berbentuk hati. 


Dari Johor ni dalam jam 6 petang kami gerak selepas solat Asar kat Masjid Taman Universiti. Ingat nak singgah makan goreng pisang Nurul Faqar tapi tutup la pulak. Hanya ada staff dia kat luar dengan stok pisang-pisang je. Nak get ready untuk esok la kot. 

Kami bertolak balik ke rumah kami 2 Ogos 2020, tiba rumah 3 Ogos 2020 jam 1 pagi. Jalan kat area Johor mulanya smooth ajer sampai la kat tempat mana entah teruk jam sampai kereta bergerak perlahan. Ada few stop jugak untuk ke tandas dan solat juga berehat. Nasib la 3 Ogos 2020 tu sekolah Dania bercuti sebab Puan Pengetua apply kat PPD. Ada sekolah kena sekolah 3 Ogos 2020 tu. Idak kalau sekolah letih la jugak Dania nak ke sekolah kan.....

Sekian....selesai juga percutian kali ni. Apa yang saya boleh kata rasa nak repeat menginap kat Hard Rock Hotel Desaru Coast ni ada sebab staff kat sini sangat friendly. Guard pun sama. Bilik pun selesa. Lepas ni mungkin boleh include Adventure Water Park Desaru Coast sebelah ni haa dalam list. Ada Tidal Wave Pool yang terbesar di dunia. Masa kami datang, pool ni tengah under maintenance. 

18 comments:

  1. baru jer google about this hotel tadi, now dah baca ni..hehe happy holiday :)

    ReplyDelete
  2. Saya yg kat Johor ni pun baru sekali pergi JPO...yg kat Desaru tu semua lagilah...hahaha... tunggu anak besar nak pusing2 johor sampai habis

    ReplyDelete
  3. gmbr 1st tu sweetnya
    and gmbr awan tu so unik :)

    ReplyDelete
  4. Serononya dapat bercuti satu family. Hari tu ada terbaca orang share interior design hotel ni. Lawa sungguh.

    ReplyDelete
  5. thanks for review tempat ni. boleh suggest kat husband tempat ni utk bercuti hujung tahun ni hehehe

    ReplyDelete
  6. wah cantik hotel dia, memang puaslah dapat bergambar. selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  7. Wow......looks like you had a fun vacation. I’m happy for you. Thank you for sharing your experience staying at HardRock Desaru.

    ReplyDelete
  8. Gojes juga Hard Rock Hotel ni. Cepatlah mai rezeki nak drop by JB one day. Yang penting nak kenal JPO yang sohor disebabkan lebih 150 stor outlet pereka dan jenama terkenal dunia. Ps. Teringat sharing https://harianpost.my/diskaun-kaw-kaw-90-peratus-bermula-10-jun-johor-premium-outlets/

    ReplyDelete
  9. Waaa ke Johor yaaa...next time datang Johor boleh hunting makan plak...Lagi satu kenapa tak cuba goreng pisang Mawar tu? Situ hari-hari buka rasanya...

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak menjengah Johor - rasa macam dah sampai masa untuk ke sana hahaha (alasan nak ke JPO sebenarnya nie)

    ReplyDelete
  11. Ok boleh masuk dalam list hotel untuk diterjah. Nampak best sangat tu kak. Last ke sana masa pregnant anak pertama dulu.

    ReplyDelete
  12. One of my wishlist place nak visit nanti2. Desaru ni memang cantik tengok org selalu kongsikan. Lagi2 best dapat check in Hard Rock Hotel ni, mahal jugak kan

    ReplyDelete
  13. Best pulak baca staycation review kat Hard Rock Hotel ni.. Tak pernah lagi stay kat hotel ni lagi dimana2.. Next time ada celebration boleh la usha hotel ni..

    ReplyDelete
  14. Teringin nak stay dekat Hotel Hsrd Rock ni.. Tapi tu la kene kumpul duit dulu.. Ehehe.. Tak pernh cuti2 johor..

    ReplyDelete
  15. Saya ada masuk dalam wishlist untuk ke sini. Nak ke Desaru. Sebab ada macam-macam kat sana dah sekarang kan.

    ReplyDelete
  16. Pernah gi hotel area desaru, mmg canti hotel2 kat Desaru tu tp jauh dari KL

    ReplyDelete
  17. Waaa jalan2 johor nampakkk! Best kan duduk HRHDC sebab suasananya menenangkan, jauh dari hiruk pikuk kota..

    ReplyDelete
  18. cantiknya view. tak penah ke sini lagi nanti boleh masuk dlm list :)

    ReplyDelete