Most needed holiday. Percutian yang sangat ditunggu-tunggu. Dah lama tak bercuti kan?. Bertolak dari rumah dalam jam 8 pagi. Kami tak breakfast dulu tapi dah standby roti krim kot kot lapar. Niat nak berhenti breakfast di R&R Seremban. Perjalanan melalui PLUS Highway menuju selatan smooth all the way.
New normal katanya kena pakai facemask ye nak makan kat sini. Sebelum masuk ke sini ada kena ambil suhu. Nasib baik la dapat tempat duduk. Saya tak tahan sangat le nak berdiri lama. Boleh tahan juga ramai kat R&R ni. Saya makan nasi goreng, Dania dengan kuay tiaw goreng dan suami makan mee goreng. Rupanya masa suami tengah beratur tu ada yang memerhati. Hehe.
Tudiaaa......Seri datang approach saya. Ni kawan saya sebab anak sama2 kat sekolah menengah Dania. Ada seorang anak dia form 4 sebaya Dania jugak. Seri kata ternampak suami saya tengah beratur nak beli makan. Wah wah suami saya ni orang kenal juga walaupun siap pakai facemask la. Seri...kita wefie dulu ok?. 😄😄😄.
Masa tengah makan tu nampak seseorang lalu depan saya jadi saya cakap dengan Dania...eh macam familiar ajer kan?. Dania kata ye lah ummi. Sekali orang yang kami familiar tu duduk sebelah meja kami. Ok ok....kita standby betul tak orang yang kami familiar tu. Saya tak nak la terus terjah kot salah orang. Hehe. Sekali bila beliau buka ajer facemask, sah la....itu Datin Pengetua yang baru sekolah Dania. Baru ajer dilantik menjadi pengetua menggantikan pengetua yang telah bersara pada Julai 2020. Sebenarnya Datin Wan Nor Ashikin ni bukan baru kat SMK Jalan Empat sebab pernah memegang jawatan Penolong Kanan kat SMK Jalan Empat sebelum bertukar ke sekolah lain (tahun tu saya tak pasti). Apa lagi terus memperkenalkan diri sebagai PIBG SMK Jalan Empat dan Dania pelajar SMK Jalan Empat. Hehe. Tak salam tapi buat 'salam kasih' iaitu letak tangan kat dada kemudian tunduk. Pastu bagitahu la saya tak hadir meeting PIBG sebab tak sihat. Hehe....mengaku terus 😅😅😅.
Lunch pula kami singgah di Restoran Terapung Bujang Firefly. Kat sini nak makan ikan bakar. Ingat tak yang saya plan nak makan ikan bakar kat Sepang sebelum ni?. Ok kali ni makan ikan bakar jauh sikit nun di Johor. Nasib baik ikan bakar ni buka jam 12.00 tengahari. Kami tiba pun dalam 12.30 tengahari di mana orang pun tak la ramai sangat.
Ni jalan nak ke Restoran Terapung Bujang Firefly. Titi tu risau juga saya pijaknya sebab nampak macam ada yang longgar-longgar je.
Kalau makan belah luar tu, makan ala atas bot tapi kalau ada sampan ke bot lalu tepi tu, bergoyang-goyang la tempat tu.
Kami order ni set untuk 3 orang. Ada ketam bercili, ikan masak masam manis, kailan ikan masin dan udang goreng. Ada beberapa set juga disediakan. Saya pilih set ni sebab ada ketam bercili. Ikan tu sepatutnya masak asam pedas tapi suami minta tukar kepada masak masam manis.
Tudiaaa....ketam ni saya yang punya. Hehe.
Dua gambar kat bawah ni boleh tengok permandangan di Restoran Terapung Bujang Firefly.
Tempat letak kereta ni luas la.
Tiba kat Hard Rock Hotel Desaru Coast sebelum jam 3 petang. Kereta kena beratur nak check in. Ada staff akan check suhu semua yang dalam kereta. Ramai juga yang nak check in kat Hard Rock Hotel hari ni. Sebelum beg dibenarkan dibawa masuk ke dalam hotel, akan disembur dengan penyembur sanitasi termasuklah handbag. Kalau beg yang tak disembur tak boleh bawa masuk. Beg kita pula akan dibawa oleh bell boy, nanti bagitahu je no bilik dan 1 kad bernombor akan diberikan kepada kita. Walaupun jam menunjukkan pukul 3 petang, bilik tak sedia lagi. Mereka nak kena sembur juga bilik dengan alat pembasmi kuman sebelum tetamu yang baharu masuk bilik. Sementara itu tunggu la dulu di lobi manakala suami pergi parking kereta.
Selesai suami parking kereta, Dania dan suami masuk cuci mata kat kedai Rock Star. Lepas tu dengar ada bising-bising. Rupanya maskot Hard Rock Hotel dah keluar. Apa lagi saya telefon suami supaya Dania keluar dari kedai tu. Hehe. Dania ni dari kecik dah saya train bergambar dengan maskot. Ada bebudak takut dengan maskot kan?. Tengok la maskot Hard Rock Hotel ni pakai facemask lah.
Dalam jam 3.10 petang dapat call dari Hard Rock Hotel kata bilik dah sedia. So naiklah kami ke bilik. Doa juga supaya bilik takdelah jauh daripada lif sebab kalau jauh kenalah menapak jauh. Aduhaiiii memang jauh la dengan lif.
Inilah bilik yang ditempah. Deluxe Gold Double ni ada 2 katil queen. Memang selesalah untuk kami 3 dewasa ni. Bilik ni menghadap taman tema air.
Wardrobe dan ada juga tempat buat air tapi tak masak pun air kat sini. Ada 2 bekas botol tu boleh terus isi air sendiri kat water station. Tak jauh pun dari bilik kami.
Ada juga meja dengan 2 kerusi disediakan di sini. TV pula LCD bersize nipis. Bawah TV tu ada rak nak simpan barang.
New normal. Hand sanitizer, facemask dan wipes disediakan oleh pihak hotel. Botol hand sanitiser tu tak boleh diambil bawa keluar ye. Kalau tak kena penalti RM50. Kita boleh ambik wipes dan facemask tu je.
Welcome!. Ada nama suami kat paparan TV ni.
Berehat dulu dalam bilik dengan solat, mandi, tidur......sebelum keluar untuk dinner dekat Bandar Penawar. Banyak kedai kat sini. Kami singgah kat kedai yang ada jual pisang goreng tapi tinggal serdak je. Pisang dah habis. Order la untuk makan malam. Saya order bihun soto. Ini pun tak habis sebab tak lalu. Paksa je makan takut lapar pulak nanti. Boleh tahan busy kawasan ni. Banyak kereta.
Balik ajer, bukan terus masuk bilik. Jalan-jalan kawasan sekitar hotel ni. Penting ambik gambar kat port ni. Mercu tanda ni.
Ni pun cantik kalau ambik gambar.
Ni pun colorful.
Lounge ni tak beroperasi. Tumpang duduk la. Letih la jalan sana sini sinun.
Ada pula tangan-tangan lilin.
Penat dah pusing-pusing hotel jadi nak balik bilik. Malam, ada lampu warna warni. Kejap hotel ni warna ungu, kejap warna biru, kejap warna pink.
Cantik hotel ni bertukar warna.
Balik bilik, tengok TV kejap terus bersiap-siap nak tidur. Masa ni suami dan Dania tak tidur lagi. Esok
nak pergi Johor Premium Outlet. Ada misi untuk memburu 1 store ni. Hehe.
Jumpa esok!!
wahhh bestnyaaaa
BalasPadamBest la Suzz hotel ni. Lagi best kalau pergi Water Park sebelah ni.
Padamcantiknyeeee laluan ke Restoran Terapung Bujang Firefly. klu photoshoot dekat situ sure cantik kan... alaa.. looking forward nk tgk gambar pool hard rock, takde pulak :(
BalasPadamso nice.... well, every year we will have gathering at hard rock hotel but only in Penang... when i go back hometown
BalasPadamseronoknya dapat berjalan kan. dah lama tak jalan2 area johor.
BalasPadamComel nyer mascot Hard Rock. I miss Desaru. Lama x jln Sana.
BalasPadami tak pernah sampai sini. nanti boleh plan dengan hubby datang sini masa hantar Anaqi
BalasPadamHa'ah bila malam memang cantik sebab lampu dia berwarna. Duduk dekat bilik yang menghadap waterpark mesti selalu dengar bunyi ombak buatan hehe
BalasPadamYang penting - misi memburu tu ye hehehe. Rawlins pun tak pernah lagi bercuti dan menginap kat sini.
BalasPadamSelalu tengok orang sharing tentang bercuti dekat Desaru. Teringin pulak. Nanti nak plan jalan ke sini jugak la. Pusing Malaysia tak pernah habis, luas sangat
BalasPadamTeringin ke Desaru. Tak pernah lg ke sana. Desaru sekarang dah membangun kan kak. Macam-macan ada.
BalasPadamBestnya hard rock hotel.. Dulu dtaang ambil gmbr dekat luar je.. Hahaha.. Mungkin one day dapt duduk hotel dia
BalasPadamCantiknya hotel dia. Siap ada tv sambut lagi.
BalasPadamKak pernah pg Desaru nect time blh lah sggh kat hotel ni lgpun mmg cantik area situ, cuti2 malaysia
BalasPadamHahaha saya la tuuu yang takut maskot masa kecik dulu2! Kelakar bila teringat balik. Dah besar ni tak takut dah hehe
BalasPadamwah bestnya cuti cuti malaysia..comel maskot tu.Nanti datang Desaru boleh la ke sini
BalasPadammemang seronok bercuti di desaru,,ciktom stay johor..selalu jgk pergi desaru cuma xpernah stay tidur sana..maybe next time blh stay hard rock hotel ni..
BalasPadamHaip haip! Polis! Wefie tak social distancing ni. Haha. Bestnya holiday kan sis.
BalasPadamWow best nyer, i have not been to desaru before, wish to go there for a weekend retreat also.
BalasPadamrindu nak jalan2 sama lagi macam kat Taiwan ....rasanya macam tak pernah lagi pergi DEsaru...tahun ni memang rancang nak pulun layan jalan2 dalam Malaysia sampai puas
BalasPadam