Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 6

Blogger's Appreciation Night - Ogilvy

Dania ikut saya menghadiri Blogger's Appreciation Night pada 17 Oktober 2014. Dah kata boleh bawa partner jadinya saya bawalah Dania. Kami tiba awal ohhhh.....katanya 6.30 pm registration tapi saya dan Dania dah tiba sebelum pukul 6 pm lagi :p  Dah la sebelum tu dengan sesat ke belah area MBSB rupanya bila tanya kat sorang tu baru tau rupanya the other side of the road. Orang yang ketiga baru betul ya. Penat jalan. Lepas tu bila tiba bangunan Menara Milennium tu, kat tempat parking dah ambik tiket boleh pulak palang tu terus tutup. Bukak kejap ajer. Berpeluh-peluh la intercom akhirnya palang tu naik lama sikit. Phewww....

Masa tiba kat Obar Tingkat 10 tu, staff Ogilvy sibuk mengemas itu ini lagi. Ok lah since takde blogger yang tiba lagi makanya saya ambik photo anak sendirilah :-) Tema warna merah ya. Nampak berseri warna ni. Dania mix and match dengan warna putih. Saya pulak mix and match warna merah dan hitam.


Masa ni dah ada couple baru tiba. Saya pulak tukang tengok sama level tak belon yang tukang belon (belah kiri baju merah) tu pasang. 


Dania sibuk tolong abang dan kakak Ogilvy yang tak dapat pisahkan belon ini. Bravo Dania!!! Bab tolong2 gini Dania paling suka. 


Dania selamatkan satu belon masuk dalam goodie bag. Akhirnya ummi suruh tinggalkan ajer belon tu. 


Makanan yang saya makan malam tu. Dania makan spaghetti ajer. 


Yang ni dipanggil masakan apakah ini? Sedap. Ala-ala bergedil tapi dalam ni dimasukkan telur juga. 


Ada photobooth. Ummi dan Dania pakai aksesori yang diletakkan di atas meja. Pilih le nak pakai apa. 


Task yang diberikan. Hmmmmm bukan jenis berlari bagai jadinya tak siapkan pun...


Oh yang ni blogger yang tak payah kita perkenalkan lagi. Redmummy, sebelahnya tu Fazrol :-) 


Group game ni kami menang. Photo ni Dania tolong snapkan. Memang sah zoom kat ummi ajer. Orang lain mata tak ada pun takde hal. Hehehe....


Masing2 dengan hadiah masing2. Saya menang 2 tiket untuk menonton Sesame Street Live di Genting. Woahhhh ke Genting kita. Katanya seat saya nanti seat yang best lah. Tak sure best macamana. Tak dapat lagi pun tiketnya :-) Yang nyata nak ajak ayah Dania panjat Genting masa cuti sekolah nanti....


Pihak Ogilvy ada menyampaikan sijil kepada setiap blogger yang hadir sebagai tanda terima kasih kerana bekerjasama dengan mereka dalam beberapa projek. Di penghujung malam, ambik gambar bersama blogger2 dan PR dari Ogilvy :-) Say cheese !!!


Aisehhhhh muka saya langsung tak nampak. Shah ni lah......


Terselit la Dania kat hujung sana :-) 


Saya ada juga menang casing Samsung S5 daripada OtterBox sempena saya menang teka individu penting yang dilakonkan oleh blogger. Blogger kat depan tu kalau ada orang teka betul yang tukang berlakon tu pun dapat hadiah juga. 

Lepas ajer ambik gambar terus ummi dan Dania berdesup ke parking kereta. Saya park betul2 tepi lif jadinya tak la jauh nak berjalan. Tambahan pula ada guard tepi lif tu jadi rasa agak selamat jugaklah nak pergi ke kereta malam2 ni. 

4 comments: