Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, November 27

Malaysia Islamic Children's Fair

Kebetulan pada 21 Nov 2014 baru-baru ni plan nak jumpa kawan saya sebab kawan saya tu nak bagi saya gift. Uihhh haruslah jumpa ye dak...tak jumpa no no no gift :p

Kawan saya Emi plan jumpa kat SACC Mall. Jadinya kami makan kat Pizza Hut SACC Mall. Niat di hati nak makan kat Teapot Deli tapi tengah renovation lah pulak. Emi bawak sekali anak dia Erdeena yang berumur 8 Tahun. Saya pulak bawak Dania. Lepas dah makan-makan kami semua singgah kat SACC Convention Center. Kena jalan kaki sikit dari SACC Mall tapi tak lah jauh. 

First stop kat Pretty Princess Zara. Awww rupanya Pretty Princess Zara ni satu taman ngan saya. Kalau agak-agak nak beli tu boleh datang rumah dia. 


Dania berphotoG dengan Deena. Nampak tak perbezaan?....Deena yang darjah 2 lagi tinggi dan besar dari Dania yang Darjah 4. :-) Saya belikan Dania tudung yang Dania pakai tu warna pink dan hijau. Kena pulak dengan dress yang kawan saya Emi bagi kat Dania. Opps abaikan kasut sekolah Dania tu. Dania baru balik sekolah. Saya bawak baju nak tukar tapi terlupa nak bawak kasut. End up pakai kasut sekolah ajer :p


Ada susu unta dari Dubai. Saya rasa juga. 


Dania nak bergambar pulak dengan patung unta ni. 


Ni booth NGO wanita. Saya dan Dania ambik gambar kat sini pulak. Dania asyik pakai topi Da'ie Cilik ajer. 


Booth ni menjual produk yang menang anugerah. Kalau tak silap saya anugerah emas. Hasil dari ciptaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Nama prof tu saya dah lupa. 


Inilah produknya Qalamiy yang dicipta untuk menguatkan otot tangan ketika memegang pensil. Dengan penggunaan Qalamiy ini, anak-anak kita akan diajar untuk memegang pensil dengan cara yang betul. 


Booth pada hari jumaat ni agak lengang dan seronok sangat nak jalan. Orang pun tak ramai. 


Saya berkenan dengan dress untuk kanak-kanak ni. Dah try pakai tak jadi pulak nak beli. 


Kat luar Convention Center ni ada bas yang di dalamnya ada permainan interaktif. 


Keadaan dalam bas ini. 


Dania kena pukul drum mengikut skrin kat depan. Lagu rock you alls.....


Inilah dress yang Emi bagi kat Dania ni. Emi kata nama dress ni dress Frozen. Memang cantik ajer terletak bila Dania pakai. Thanks Emi. Dania suka sangat. Kena pulak dengan tudung dari Pretty Princess Zara. 


Saya pun dapat telekung hitam berkerawang warna merah kain cotton ni. Sangat selesa dan kemas ajer di bahagian muka. :-) Terima kasih Emi moga awak murah rezeki. :-)


Akhirnya gambar Emi dan saya jugak yang takde. 

No comments:

Post a Comment