Rabu, November 19

Previu Bengkel Tahap Kebijaksanaan - Kebaikan Nutrisi untuk perkembangan bijak si manja

Saya berpeluang menghadiri Previu bengkel yang bakal diadakan oleh Dutch Lady di The Garden Theater di Mid Valley pada 18 November 2014.

Saya baru ajer jumpa hubby Sheahnee Iman Lee dalam majlis pelancaran produk baru-baru ini. Kali ini Sheahnee menjadi pengacara dan moderator bagi previu bengkel Dutch Lady. I love her outfit :-). 


Salah seorang penceramah bengkel iaitu Dr Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway Beliau juga merupakan Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS menerangkan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak yang berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia menyelidik tentang hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka. Kanak-kanak di Malaysia pula mengalami masalah berlebihan nutrisi  merujuk kepada berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes. Kanak-kanak ini mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ. Dr. Alvin ni saya pernah jumpa di event ini pada tahun 2011. :-)


Ketiga-tiga pakar yang merupakan penceramah bengkel ini terdiri daripada Dr. Alvin Ng Lai Oon (Professor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway), Professor Dr. Poh Bee Koon (Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Dr. Yong Junina Fadzil (Penasihat Pediatrik).  


Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Anja Henze mengulas lanjut mengenai rasional menganjurkan bengkel ini. 


Poster bengkel tahap kebijaksanaan dilancarkan. Alolo comel sungguh Mia Sara :-)


Tak lepaskan peluang ambik gambar dengan pengacara dan moderator previu bengkel ini, Sheahnee Iman Lee :-) Isteri kepada Nazrudin Habibur Rahman (Pengacara Jalan Jalan Cari Makan, TV3). 


Pendaftaran untuk bengkel ini akan dibuka pada 1 Disember 2014. Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi talian bebas 1800-22-1233 (Isnin - Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang) atau e-mel kepada mail@bridgespr.com.my 

2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...