Selepas ajer event Dutch Lady di The Gardens Theater, saya menuju ke Isetan The Gardens, Mid Valley. Sekarang ni tengah ada YES (Year End Sale) apa lagi...YES YES!!! :-)
Yang menarik minat saya ialah section ni. Baju tidur brand Mellow. Rasanya brand ni hanya ada kat Isetan sebab saya pernah jumpa brand ni kat Isetan KLCC. Comel-comel sungguh bajunya. Dania dah ada 2 pasang baju tidur Mellow sebelum ni. For boys and girls ya.
Paling best sebab sepasang baju tidur ni didatangkan dengan set beg comel ni. Mula-mula Dania kata nak beg warna merah ni. Saya tengok comel sangat beg ni terus ambik baju tidur lagi 1 set.
Jadinya merah untuk Dania, hijau untuk saya. Bolehlah buat isi telekung. :-)
Tak tau kenapa, semenjak 2 menjak ni saya suka pulak warna hijau terutamanya Olive green dan lime green :-)
What's your favourite colour?
wow.. beli baju dapat bag.. :) buka tengok baju tu nak tau gak.. tapi sure kain dia sangat lembut dan selesa utk budak kan.. :)
BalasPadam