Khamis, November 13

Pergi tak kembali

Al Fatihah buat ibu saudara saya Hajah Saffar Hindon atau saya panggil Che An yang telah pergi menghadap penciptanya pada 11.11.2014 baru-baru ni. Saya sempat jenguk Che An masa kat Hospital Putrajaya. Sempat la saya peluk Che An. Kalau tengok muka Che An persis mama saya. Che An kira kakak mama saya. Mama dan Che An memang agak rapat. 

Che An selamat dikebumikan dalam jam 10am di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. Ini pertama kali saya berkunjung ke sini. Kalau tak silap saya seorang pramugari dan co pilot nama Hakimi mangsa MH17 juga dikebumikan di sini. 


Yang dukung baby ni nama dia saya panggil Kelly. Kelly ni anak kepada sepupu saya. Yang beliau dukung ni juga anak kepada sepupu saya. Kira mereka ni dua pupu. Dengan saya ni tak sure. Opah ke pangkatnya?. Anyway, memang Mawara ni rasa nak cubit cubit ajer. Comel sangat...



Nama saya Mawara :-)



Ni abang Mawara. Nama saya Mikhail :-) 


Ni cucu kepada Che An. Saya ambik gambar Maisarah ni sebab harijadi Maisarah ni sama dengan tarikh harijadi saya. Adik saya kata kekna....ada rupa kekna la sikit sebab harijadi sama kan?....Errr....entah mana yang sama pun saya tak tau lah. 



Sebenarnya tarikh ni juga tarikh adik saya Eja kahwin dulu. 11.11.2006 dan tarikh hubby saya kehilangan motornya. Balik ajer dari settle persiapan kahwin adik saya kat rumah mama papa, saya, hubby dan dania balik la rumah. Balik pun dah jam 3 pagi kalau tak silap. Lepas tu terus la kami 3 beranak zzzz sampailah terjaga balik nak solat subuh tengok tengok pagar rumah dah terbuka. Motor dah hilang. Sibuk nak kenduri lagi, sibuk nak buat report polis lagi. 

Hari yang Che An meninggal pula merupakan harijadi maksu saya. Bila ucap Happy Birthday kat maksu saya tu, terus maksu saya menangis juga. Mana nak sangka beliau akan kehilangan kakak tersayang di pagi harijadi beliau. Semuanya dah tertulis kan....

Ramai juga saudara saya yang turun Putrajaya dari Ipoh tu. Moga roh arwah Che An dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al Fatihah.....

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...