Ok dah nak tamat dah cerita jalan jalan Pulau Pinang ni. Lepas ajer check out Copthorne kami menuju ke pusat bandar Pulau Pinang. Nak cari apa???
Sebelum balik, kami nak ambik gambar kat street art sekitar bandar Pulau Pinang. Kami parking kereta kemudian menyusuri bangunan di sekitar street art ini. Jumpa tempat ni terus ambik gambar. Yang ambikkan gambar ni orang bangladesh yang kerja kat sini. Tempat ni dekat sangat dengan gambar budak nak capai cawan.
Ni lah gambar budak nak capai cawan tu.
Jalan jalan lagi nak cari port nak ambik gambar. Terjumpa gambar ni. Besaunyer......
Tempat ni tempat duduk kreatif namanya ni....hehe
Cuba teka apa kat belakang Dania tu?. Kreatif kan, tanam pokok dalam kasut lama. Boleh try ni.
Sepanjang perjalanan ni lah mata kena tengok kiri kanan kot kot ternampak wall art.
Kali ni hubby berphotoG dengan Dania pulak.
Ni salah sebuah Masjid di Pulau Pinang.
Wall art ni yang paling ramai orang beratur.
Dania cam memalu di situ manakala umminya hmmmm yah yah menolak basikal dengan bersungguh-sungguh.
Hubby dengan wall art motor. Nampak real kan?
Saya ternampak elephant pink ni kat dinding salah sebuah bangunan. Hidungnya dari batang paip. So creative!.
Jangan cakap kuat-kuat lah. Sakit telinga. Amboihhh terer berlakon anak ummi ni. Hehehe.
Lagi kartun kat dinding ni.
Dah penat dah berjalan berwall art bagai, singgah makan dulu bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Hubby ambikkan 3 ekor udang untuk saya. Harganya????? RM30 sepinggan. Saya rasa udang ni RM10 seekor. Huiiiiii.......hati-hati mengambil udang eh...
Ada galeri seni berdekatan dengan tempat kami parking kereta.
Sebahagian daripada lukisan yang dipamerkan di sini.
Ada potret Dato Sarimah.
Selepas itu kami bertolak ke Bukit Kayu Hitam. Niat di hati nak masuk Danok, Thailand. Nak masuk Danok tu kena isi borang imigresen. Selamba je kastam Thailand cakap kalau nak suruh orang isi kena bayar duit kopi???....Hmmmm......masa nak cop pasport kat Thailand. Kastam tu tak mintak duit kat saya dan Dania tapi hubby kena bayar RM1. Hmmmm....
Ni lah restoran yang saya makan kat Thailand. Menu ni dalam bahasa malaysia.
Restoran ni di tingkat 1.
Makanan yang kami order ialah tomyam, telur dadar.
Ikan siakap masak 3 rasa.
Permandangan bandar Danok dari restoran muslim ini.
Overall makan kat sini sedaplah. Rasa tomyam sangat sedap. Kalau nak dibandingkan dengan tomyam di Malaysia ada kelainannya. Harga sangat berpatutan dan boleh bayar dengan menggunakan duit Malaysia. Lepas tu teruslah bertolak balik ke Malaysia. Kastam Thailand lagi sekali pow kami. Hmmmm.....pop mengepow ni cam dah sebati pulak saya rasa.
Tamat sudah kisah di Pulau Pinang......
Seronoknya sis.. Jalan2...
BalasPadamLama dah kami x ke Penang..
Last pegi 2 thn lepas kot..
Rindunya.. ;)
beshnya posing2 dgn wall art tu
BalasPadam