Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, November 10

Hari Malaysia di Pulau Pinang Part 3

Entry ni kesinambungan dari entry ni dan ni. Lepas ajer balik dari Bukit Bendera, kami singgah Queensbay Mall pulak. Saje nak tengok mall ni besar mana. Terletak berhadapan dengan laut. Hubby drive kereta pinjam VW ni. Hmmmm nasib la sape suruh tak siap lagi. Dah jalan jauh kereta pinjam ni. Hehehe. Polo Sedan ni memang save minyak sungguh. 


Balik ajer dari round kat mall ni terus singgah makan cucur udang. 


Kami makan kat restoran ni lah. 


Lepas tu pusing-pusing town nak cari Ismalia Bakery. Tiba ajer dekat masjid kapitan keling ni saya snap gambar. Cantik sungguh permandangan ni. Tambahan pula abang beca tu pose kemain cantik. Hehehe. Lepas saya snap terus ajer abang beca ni gi tempat lain. 


Ismalia tak jumpa tapi jumpa Maliia Bakery ajer. Nampak tulisan seakan sama. Actually, Ismalia Bakery ni ada nostalgia tersendiri. Arwah papa dan arwah mama kalau bawak kami adik beradik gi jalan-jalan Pulau Pinang mesti singgah beli roti benggali kat sini. 


Roti benggali ni nak buat cicah kopi atau teh. Sedap....


Lepas balik hotel, kami rehat2 dulu sebelum keluar lepas maghrib nak dinner pulak. Ok.....ikut waze kami nak gi makan kat Ayu Mee Udang. Alhamdulilah rezeki kami nak makan mee udang sebab customer kedua lepas kami tak dapat makan sebab mee udang dah habis. Mee Udang Ayu ni pedas sikit tapi saya boleh tahan. :-)


Ayu Mee Udang ni terletak dalam kawasan perumahan. Dia buat depan rumah dia ajer. 


Parking betul2 depan gate. Ni alamatnya 936B, Lengkok Masjid Satu, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang No tel : 04 - 649 3881. Landmarknya Balai Polis Teluk Kumbar. Simpang nak masuk ke Ayu Mee Udang ni betul betul simpang depan Balai Polis. 


Keesokkannya selepas breakfast kami pergi ke pantai yang terletak belakang hotel Copthorne Orchid. 


Putih tu hotel kami la tu. 


Ada rumah yang dibina tepi laut. 


Tengok bangunan tinggi-tinggi tepi laut ni macam feeling kat Gold Coast ajer. Hehehe. 


Kasut Jelly Bunny Dania. 


Kalau nak relax tepi laut boleh baring kat sini. Saya ambik gambar ajer sebab lepas ni nak terus check out. 


Lepas ni part akhir pulak...Lepas tu tamat..... :-)

No comments:

Post a Comment