Jumaat, November 14

Mentarang

Seminggu selepas keluar dalam Majalah 3 (minggu lepas 8.11.2014), hubby ajak pergi cari mentarang ni. Berpandukan waze ajer kami pun menuju ke Faridah Mentarang Bakar yang terletak di Kg Sg Leman, Sg Besar. Sg Besar ni tempat saya belajar duduk asrama masa Tingkatan 1 - Tingkatan 3 dulu. 

Okay, tiba ajer saya dan Dania turun dulu while hubby pergi parking kereta. Orang agak ramai masa ni. 


Saya order mentarang bakar dengan mentarang masak kari. Setelah hampir sejam menunggu, mentarang bakar saya pun tiba. Kalau diperhatikan, air kami tak tiba lagi. Saya order air teh o ais untuk saya dan Dania. Hubby order air kelapa.


Ni lah rupa mentarang ni. Bentuk agak panjang dari kerang. Isinya rasa seperti kerang tetapi sangat lembut. Sedap juga rasanya bagi saya. 


Mentarang masak kari ni tiba 10 minit sebelum tepat 2 jam kami menunggu. Bayangkan betapa lamanya kami menunggu tu. Saya cakap dengan hubby, order waktu makan tengahari. Dapatnya waktu makan malam. Air tiba awal sikit je pada mentarang masak kari ni. Ada beberapa keluarga langsung tak tunggu lama terus balik ajer. Bila order tiba kat meja mereka, orang pun dah takde. 

Yang menyelamatkan keadaan ialah mentarang masak kari ni sebab tersangatlah sedapnya. Kuranglah rasa cam nak marah tu....saya rasa dia guna rempah giling ke apa sebab kari ni macam kari tradisional yang saya pernah rasa. 


Air saya dah tinggal sikit ajer sebelum mentarang masak kari tiba. Lama sungguh tibanya. Anda sanggup menunggu?....Ikutkan rasa hati nak je kami balik cuma akhir-akhir tu agak bising-bising sikit suruh hubby check order kami. Kalau tak masak lagi kami nak balik dah. Nasib kami baik sebab tak lama lepas tu order kami pun tiba but almost 2 hours ya....Hmmm.....

See.....licin terus pinggan kami. 


Faridah Mentarang Bakar terletak di tepi jalan utama. Kalau nak datang sini pastikan anda betul-betul seorang yang sabar. 


Menu agak banyak tapi kalau nak tunggu satu menu siap pun almost 1 jam. Ada berani nak order 2-3 menu?. Ada family tu tunggu lama giler, air pun tak tiba lagi. 


Tempat makan ni biasa ajer. Berkayu dan terletak atas tali air. 


Ada juga dijual mentarang mentah. Saya beli harga RM18. Nak masak tumis pun sedap. Saya rasa Faridah Mentarang Bakar kena post mortem lah sistem mereka nak mengambil order dan masak order pelanggan sebab sayang pelanggan kat Faridah Mentarang Bakar pun ramai. Kalau service tak improve lambat laun pelanggan lari ke gerai berdekatan. 

Anda nak cuba makan kat sini? Waze ajer....

11 ulasan:

  1. 2 jam? tak sanggup.. nak ke Sungai Besar pun jauh dari KL..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sedap tapi masa menunggu tu tak berapa sanggup....

      Padam
  3. bila tengok yang kari tu rasa nak pergi terus tapi bila kena tggu 2 jam tu..menduga btul

    BalasPadam
  4. part menunggu tu..haishhh
    i lom pernah mkn mentarang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. I pun first time. Part menunggu tu hmmm.....mereka kena improve if not customer lari.....

      Padam
  5. Salam. Hee lama sungguh masa menunggu dengan penuh kesabaran.

    BalasPadam
  6. ada juga lalu kat sini, tapi belum lagi sempat rasa mentanrang, 2 jam kena tunggu?...kena cari tmpt lain nih..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...