Monday, November 3

Shell memperkenalkan Shell easiGO Prepaid Card

Shell bergabung dengan Maybank dan American Express bagi memperkenalkan kad prepaid terbaru diberi nama Shell easiGO Prepaid Card yang pastinya selamat, kad pintar dan memudahkan urusan pembayaran dan sekaligus kita akan menikmati kelebihan yang terdapat pada kad ini.

Majlis pelancaran yang diadakan di The Saujana Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2014 dengan pengacara Nazrudin Habibur Rahman. 


Tuan Haji Azman, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd mengatakan bahawa Shell Malaysia mengambilkira kehendak pelanggan mereka yang inginkan kemudahan, selamat dan cara yang menyenangkan untuk melakukan transaksi di kaunter Shell. Kad ini adalah solusi yang akan membolehkan pelanggan untuk mengawal perbelanjaan mereka. 

Dari kiri ke kanan Mr B Ravintharan, Head of Cards, Group Community Financial Services, Maybank, Tuan Haji Azman Ismail, Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Mr. Sanjiv Malhotra, Vice President, Business Development, Partner Card Services Asia, American Express. 



Terimalah kad Shell EasiGO Prepaid yang terbaharu  dengan  kolaborasi tiga syarikat gergasi iaitu Maybank, Shell dan American Express. 


Inilah Shell easiGO Prepaid Card yang terbaharu. Pemegang kad boleh reload Shell easiGO Prepaid Cards di stesyen minyak Shell dan juga di 3,000 ATM Maybank atau cash deposit machine, transaksi dalam talian di www.maybank.com.my atau Interbank GIRO (IBG). Kita boleh juga mengeluarkan wang dari Shell easiGO Prepaid Card kita tanpa caj melalui ATM Maybank. Kita boleh juga tahu baki kita melalui SMS, ATM Maybank atau di www.maybank.com.my Transaksi maksima reload ialah RM5,000 dan pengeluaran maksima ialah RM1,000.  

Berminat tak dengan kad ni???

Ok....di mana nak beli Shell easiGO Prepaid Card ni?. 

Boleh dapatkan di stesyen Shell yang berdekatan. Di dalam starter packed ada borang permohonan yang perlu diisi bersama salinan kad pengenalan anda. Borang permohonan tersebut perlu dihantar semula kepada Maybank melalui pos, faks atau email. Kad anda akan didaftarkan dan diaktifkan oleh pihak Maybank. 

Email : prepaidcard@maybank.com.my
Faksimili : +603-20706868
Alamat : Pusat Kad Maybank, 7th Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur. 


Boleh juga digunakan di mana-mana tempat yang memaparkan menerima bayaran melalui American Express (AMEX) di seluruh dunia. Menarik bukan??? Macam debit card pun ya jugak. Jadi kalau anda nak travel luar negara tu boleh la reload sampai maksima RM5,000 boleh guna untuk shopping. Yeehaa....selamat sikit tak payah bawa cash banyak-banyak kan....

Sempena pelancaran Shell easiGO Prepaid Card ini ada contest yang dijalankan oleh Maybank di mana kita perlu membeli sebanyak RM5 dengan menggunakan kad Shell easiGO Prepaid Card. Mana tau boleh menang hadiah wang tunai sehingga RM450,000. Ada 1,500 pemenang bulanan. Hadiah pemenang akan dikreditkan terus ke dalam Shell easiGO Prepaid Card anda. 

Saya dah try dah mengisi minyak di stesyen minyak Shell. 


Boleh dapatkan Shell easiGO Prepaid Card di Shell yang berdekatan dengan anda. Jangan lupa.....Shell easiGO Prepaid Card ya!!!

Info selanjutnya di www.shell.com.my

7 comments:

  1. untung.. sebab guna ni pun, bonuslink point macam biasa.. so isi Shell je lah.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Dah pakai ker..?? Tumpang tanya, setiap kali isi minyak dia akan potong berapa ringgit dulu?? Dulu pernah pakai debit card buat isi minyak, setiap kali isi minyak biasanya akan potong RM150-RM250 dulu...lepas tiga hari baru updated brapa yang di isi...masalah tiga hari nak tunggu refund balik tuh lambat, potong pon banyak..besok nak isi minyak dah xde duit kena tunggu 3hari baru masuk balik "duit baki"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa yg u guna, itu yg dia Akan potong tapi baki minima utk prepaid card bagi kereta ialah RM80 manakala motor kena ada RM20 dalam kad kalau nak isi minyak kat Mesin slot kad tu. Tapi kalau swipe card kat terminal, tak perlu ada baki minima Dalam kad.

      Delete
  3. Untuk Outdoor payment Terminal (OPT) kalau refer pada Maybank untuk kereta dia akan tarik RM80 dulu. kalau guna kurang dari RM80 contohnya isi RM50 saja maka baki RM30 akan dipulang dalam 3 hari bekerja.

    Soalan saya, kalau kita guna lebih RM80 macam mana pulqak ea? Ada effect ke?

    ReplyDelete
  4. Nak tanya la da beza tak,jika saya guna kad easigo utk motor,tapi guna utk isi minyak kereta.ke utk kad motor ada limit setiap kali nk isi minyak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails