Rabu, Disember 17

Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan Part 3

 Lepas Muar, kita tiba di Kuih Keria Antarabangsa Melaka. Masa tiba dalam jam 5 lebih macam tu. 


Panas-panas lagi kuih kerianya. Dania yang teringin sangat tu. Dia siap packing 10 biji satu paper bag tu jadi saya beli dua paper bag terus. Ada 20 biji. Hujan lebat sangat kat luar ni jadi kami habiskan masa di sini dulu minum air panas sambil makan kuih keria. 


Perjalanan diteruskan pula untuk makan malam di Negeri Sembilan. Gerobok Salai pilihan kami. Tapi sebelum tu jalan dalam melalui Lubok China, Melaka tu adoyaiiii macam ular jalannya. Waze suruh ikut jalan dalam. 


Ulam-ulaman. 


Timun ni tak ambik pun. 


Kekapis @ Scallop ambik dengan harga RM8/bekas. Saya tanya harga dulu...kalau mahal sangat memang tak ambik sebab jarang kan ada kekapis ni. Bila rare nak la makan tapi harga kena tanyalah dulu. Hehe. Hubby dok cakap Shell ni....Shell apakah? Ohhhh syarikat minyak Shell punya lambang. Eh ye lah. 


Bila pilih lauk, dia letak dalam bekas plastik gini. 
Pilihan lauk MLCA ayam, MLCA ikan masin nanas, MLCA telur itik, rendang maman, kekapis dan tempoyak. Nasi pula 3 pinggan. 

Bila makan MLCA ni adehhh sampai berair hidung. Saya dah la order Teh O panas...bila makan pedas dan minum air panas...huiii naik lagi rasa pedas tu gais....penyelamatnya tempoyak TAPI....tempoyaknya manis....boleh la hilangkan rasa pedas tu....ikutkan tempoyak rasa manis saya tak suka tapi disebabkan pedas saya makan je la. Hmmm tempoyak tak sepatutnya rasa manis sebenarnya....kena rasa pedas sikit dan masam....


Luas juga tempat makannya....


Total semua : RM54++. Ok lah kot...Rendang maman tu mahal sikit RM15/bekas.

Gerobok Salai 

Kampung Dato Abdul Samad,
71400 Pedas,
Negeri Sembilan.  

Haaa tudia cover 3 negeri dalam satu hari. 

1. Breakfast kat Hentian Nilai, Negeri Sembilan.
2. Makan ringan di Restoran Nasuha Herbs & Spices, Muar Johor.
3. Makan tengahari mi bandung di SS Corner, Batu Pahat Johor (border Muar dan Batu Pahat sebenarnya). 
4. Makan petang di Kuih Keria Hj Jalil, Limbongan, Melaka.
5. Makan malam di Gerobok Salai, Pedas, Negeri Sembilan.

Seronok juga trip Jalan Jalan Cari Makan macam ni. Tiba rumah 10 lebih malam camtu. Dania keesokannya ada kelas jam 8 pagi 😅

Trip Jalan Jalan Cari Makan sempena wedding anniversary 14 Disember 2025. Alhamdulilah. Habis dah cerita 'Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan' ni....terima kasih datang baca 💜





XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. Wow jarang jumpa scallop. Baru tau nama tempatan dia kekapis. Dulu time belajar marine biology tau nama scallop je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sangat jarang tapi sekali jumpa boleh la merasa. Wow belajar marine biology...memang kena menyelam la ya?. Menarik course tu.

      Padam
  2. Seronoknya trip jalan-jalan makan-makan ni Kak Ezna...sekali jalan dapat rasa makanan macam-macam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....3 negeri dekat-dekat boleh cover ni Sue....

      Padam
  3. jarang nampak scallop tu. nanti balik PD boleh la try makan sana pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya scallop ni sangat jarang jumpanya...ya nanti boleh try makan kat sini.

      Padam
  4. Baru tau Gerobok Salai tu buka sampai malam ye...jalan Lubuk Cina tu memang berliku2...tapi sesekali best la ikut jalan kampung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA....dia buka malam juga. Bila tanya sampai pukul 11 malam kot kalau tak silap.

      Padam
  5. seronoknya kak dapat jjcm cover 3negeri haaa bukan main2 ni..
    tempoyak manis agaknya dia guna durian baru kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan Afzan....rasa buah dan gula tu ada bezanya....ini manis lain beno ni.

      Padam
  6. nampak sedap semuanya. keria tu nampak elok lembut je

    BalasPadam
  7. Teringin nak rasa MLCA orang nogori yang betul2 pedas. Hari tu masa makan kat nogori satu warong tu tak pedas pun. Biasa biasa je rasanya.. nanti nak try Gerobok Salai kalau ke sana ..inshaAllah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan sampai berair hidung. Hehe. Ya memang pedas.....kalau masak sendiri memang tahap kepedasan tu biasa je. Ni...memang tak boleh bincang.

      Padam
  8. Wahhhh...Seronok ni sis...Trliur tgk kuih keria tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih keria tu Dania yang teringin....asyik dok cakap nak kuih keria....tu yang ayah dia bawak tu.

      Padam
  9. woww real day trip ni ezz sbb jjcm cover 3 negeri in a day!! i tak mkn tempoyak so tak tahu pun rasa tempoyak tu camner..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz...masa wedding anniversary I ni 14 Disember 2025.......kuar 9 pagi, balik 10 malam. Dekat juga diantara satu sama lain tapi berejam jugak la dari satu tempat ke tempat yang lain tu.

      Padam
  10. Akk nanti cari kuih keria yang pistachio kt Melaka. Sedap gak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? Tak tahu pulak area mana tu Cuya....yg selalu repeat tu area Limbongan je.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hantar kereta untuk tukar barang dan masak-masak

Lepas hantar Dania ke Fakulti, saya dan hubby pun naik 2 kereta untuk ke Pusat Servis. Hantar kat Pusat servis luar je sebab dah habis warra...