Ahad, Jun 8

Ozel

Dah sampai masanya beli baru kerongsang ni sebab kerongsang sedia ada banyak yang patah dan ada yang melarikan diri 😅. Ini masalah perempuan ni. Saya ke sini dan Dania ke Watson deret yang sama. 


Bila staff Ozel keluarkan design baby brooch sahaja. Nak beli yang kecik je. Macam-macam design ada sampai rambang mata memilihnya. Nak pula memancar silaunya bila terkena lampu. 


1 design tapi beraneka warna. 


Design bunga paling banyak. 


Dua kuntum bunga. 


Design ni sweet. 


Design ni saya ada beli. 


Banyak design lepas tu tak tahu nak pilih yang mana pulak. 


Cantik jugak yang ni. Hmmm.....


Akhirnya ini je yang dibeli.


Warna ni sangat la sweet di mata saya. Warna hijau lembut dengan pink. 


Bagi saya kat Ozel ni banyak pilihan tapi harganya tidaklah begitu murah. Walaupun begitu, ia sangat tahan walaupun selalu pakai batunya tak jatuh-jatuh. Pulak tu pin belakang juga tahan. Kalau bukan Ozel, dah tercabut dah pinnya tu. 





XOXO,
Ezna

 

12 ulasan:

  1. Ozel nie berjenama.. Tapi, berbaloi lah.. Tahan lama...

    BalasPadam
  2. Cantik2nya memang rambang mata dibuatnya. Selalunya hilang walaupun beli banyak2.

    BalasPadam
  3. Waaaa...semua cantik2 ha...bersilau dan berkilau...

    BalasPadam
  4. Ini kalau isteri saya nampak...memang laju pandang hihihi.

    BalasPadam
  5. Baru tahu jenama ni...selalu beli brooch dekat kedai² tudung atau kiosk je...
    Sy pun sejak gegirls pandai pakai shawl, bawal ni asyiklah berebut brooch dgn diorng 😆

    BalasPadam
  6. cantik..harga mahal dgn batu tk jatuh tu okla....org pompuan dgn brooch berpisah tiada

    BalasPadam
  7. Brooch memang ada kaki... kat rumah walau akak pakai sorang, tak tau mana dia pegi 😬😬😬

    BalasPadam
  8. cute2 belaka tu cuma rege memang tak berapa murah laa..i pakai mana yg ada jer ni sbb ada byk jugaklah koleksi yg i dh beli zmn2 minat sgt2 dgn ozel hahahah

    BalasPadam
  9. Bros saya dari kakak yg bentuk sepatu tuh masih ada. Saya pakai, tp hanya ke tempat2 tertentu yg bagus. Kalo hanya cari sarapan dengan suami, tak lah 😄 baguus memang ozel ini..

    BalasPadam
  10. cantiks2 design nya.. kalau MA pun sure rambang mata dibuatnya

    BalasPadam
  11. Baru tau ada brand untuk brooch..mahal tapi berbaloi takpe Kak Ezna..baru berbaloi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buah betik dah dipetik

Buah betik dari pokok betik yang 'magic' yang entah mana datang biji benihnya....buahnya dah membesar dah. Tengok ada jugak yang sed...