Selasa, Jun 24

Majlis Aqiqah Naura

Bila Dania pergi Tadom Hill Resorts, ummi dah ayah dapat jemputan ke rumah aqiqah. Majlis ni agak tertutup sebab tak dipanggil ramai orang. AJK Surau pun cuma AJK & pasangan. Kalau panggil AJK surau je memang hubby je la pergi. Kalau panggil berdua pula kalau ada Dania memang saya tak pergi la. 

Rumah berwarna putih beratap biru tersergam indah. Terletak kat kawasan kami la. 


Pemilik rumah ni Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin buat kenduri aqiqah untuk cucu beliau iaitu Naura Arisa Yap. Prof ni merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains di UPM. 

Credit : Google

Ini pula salah seorang yang masak. Kalau tengok dari tepi macam Chef Amann Teoh yang ada C.A.T. Wok kat Bangi Getaway tu. Apa yang dihidangkan pun kuetiau ala masakan cina. Saya ambik sepinggan....sedap sangat. Kalau nak repeat kuetiau kena singgah C.A.T la. C.A.T tu Chef Amann Teoh. 

Nampak tak rumah berbatu-bata merah tu?. Itu adalah tiny house dan tepinya ada pokok-pokok durian. Mungkin tuan rumah ada bila musim buah durian. Bestnya ada dusun / kebun sendiri.


Ini pula seleksi rojak buah dan ada laksa kedah. 


Seleksi pemanis mulut. 


Close up cream puff yang sedap. Takdelah besar sangat. Comel je. 


Inilah yang diraikan ni. Naura Arisa. Comel sangat. Saya cakap kat si cilik ni Why you are so pretty?. Senyum dia. Ibunya dah bagi izin ambik gambar ya. 


Cantiknya kat tempat ni pun. Dihias bunga-bungaan manis je warnanya. Lepas tu ada photographer nak ambik gambar saya dan hubby kat sini sampai 2 kali pulak tu. Sesambil ambil gambar, owner Mohd Chan ada depan kami. Kalau beliau tak masuk rumah mahu je saya ajak wefie ke....hehe....kalau perasan video yang dipasang di Restoran Mohd Chan berulang kali ni ada la muka Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia setakat tahun 2025 ni. 


Ada terdengar muslimat bercakap kalau dalam bangsa cina, hanya cucu dari anak lelaki yang sulung membawa nama keluarga (family name) seperti dalam nama Naura Arisa Yap. 




XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Comelnya baby Naura...geram tengok..pandai ye dia respond bila Kak Ezna tegur hihi

    BalasPadam
  2. Wahhh..Meriah menu2 dia sis..baby pun mmg comey =D

    BalasPadam
  3. cutenya baby naura! nama pun cute sgt!!!

    BalasPadam
  4. meriahnya, dapat tumpang tgk sama majlis rumah org besar2 begini.
    comeynya yg dirai. nama pun sedap.

    BalasPadam
  5. Comelnya baby Naura tu....seronok tengok majlis orang kan...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki tak disangka....

Dania cakap...ummi...kawan nak bagi kangkung. Ummi dia ingatkan banyak mana kan...s ekali....banyak ni. Terkejut jugak la. Baru tuai kangkun...