Isnin, Jun 16

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sem 1 2024/2025

Bila ada majlis kecemerlangan pelajar, saya paling sibuk bab baju dan tudung. Nak pakai apa nanti supaya nampak presentable. Biar simple dan sweet ajer. Tak nak berlebihan sebab takut orang kata nak pergi dinner pulak. Baju warna mint green menjadi pilihan dengan sedikit perincian sulaman di bawah baju dan tangan. Hijab pula warna senada dengan ada sedikit bunga sulam. Bergambar dulu di rumah dengan bunga di tangan. Nanti nak whatsapp ayah Dania. 


Lepas parking, saya suruh Dania daftar dulu sebab takut terlambat sebab daftar dari jam 5 petang - 5.15 petang. Kami pergi pun siap2 solat Asar kat rumah. Cantik la bunga menjalar atas ni warna purple. Hehe sempat lagi tu. 


Saya minta izin untuk bagi bunga kat anak dan kawan-kawan anak dari En. Hanis, Pegawai kat Fakulti Pertanian ni. 


Mulanya saya berdiri je tapi akhirnya diberikan kerusi. Walaupun kerusi tu macam terjongkang jongket saya tetap duduk juga. Rasa bersyukur sebab tak berdiri lama. Tiada komen selain bersyukur diberikan kerusi. Saya duduk la di sudut belakang menyaksikan majlis. 


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Dekan, Timbalan Dekan dan semua Ketua Jabatan. Kemudian bacaan doa. 


Dania dan Corina walaupun program berlainan tapi ditakdirkan duduk dekat2. Wajah ceria dua kawan sebilik masa asasi. 


En. Hanis kata kalau Puan nak ambil gambar boleh je kat tengah. Apa lagi....ke tengah la saya. 😅


Depan Dania kawan sekelas. Ada 18 orang penerima anugerah termasuk Dania tapi ada seorang yang tak isi google form walaupun layak datang sini. Tak tau sebab apa....Bila naik atas pentas ni diraikan ada satu macam perasaan rasa happy dengan pencapaian sendiri dan dengan itu akan berusaha lagi untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.

Kalau dapat 4.00 mereka akan mendapat sijil Naib Canselor. Selain daripada itu, sijil Dekan. Ini pun saya raikan pencapaian Dania. 


Bila Dania nak naik pentas, berdebar dah saya. Alhamdulilah tiada halangan kepala photographer. Memang akan ada seorang photographer yang akan mengambil gambar setiap penerima anugerah yang kemudiannya akan di share di google drive. Terasa macam mini graduasi pula. 


Corina yang rambut panjang tu. Aunty proud of you Corina!. 


Ini pula Teng Hao Wen. Saya bagi dia bunga sebab last year beliau Pengarah projek dan saya ada whatsapp beliau. Dania ter left out isi google form sebab dia tak war war dalam group 'junior'. Dania masa tu baru tukar program. Takde pulak kawan2 course yang lama tanya Dania walaupun tahu Dania salah seorang penerima. Udah ummi dia melompat la apa lagi. Saya suruh Dania call En. Hanis. Saya pula whatsapp dengan Hao Wen. 

Dari whatsapp saya tahu Hao Wen ni dapat course Alam Sekitar kat UM masa apply UPU. Masa matrikulasi dapat 4.00. Tak dapat pilihan pertama Bacelor Pertanian Pintar kat UPM ni. Disebabkan beliau nak sangat program ni beliau ambil laluan inklusif iaitu kemasukan saluran terus (tanpa subsidi). Score exam dari Sem 1 lagi kemudian ditawarkan biasiswa Genting Plantation. Saya tumpang happy la dengan beliau. Saya suka dengar kisah kejayaan orang lain. 

Lepas tu cakap nak ambik gambar dengan Aunty Ezna. Mungkin nak bagitau mama dia kot sebab Aunty bagi bunga. Saya cakap buat lagi ya....err padehal beliau 4.00, anak sendiri sijil dekan je. Bawah banyak daripada Hao Wen ni. 


Ni kawan Hao Wen. Saya bagi bunga juga sebab ambil gambar kawan dia Hao Wen dengan saya. Nama beliau Yap. Eh eh nak ambik juga gambar dengan saya. Bukan nak kata saya ni glam sangat ke...Tak memang tak tapi mereka nak ambil gambar....saya raikan ajer. Errr sebenarnya saya nak ambik gambar belakang tu. Kalau perasan itu gang kursus Animal Science dari Year 1 sampai atas. Dania ada kat situ. 


Dalam pada itu, kawan Dania kursus lama pun ada di sini. Nak cakap dengan saya. Kena tunggu sebab saya kan tengah ambil gambar. Dulu pun Juna dapat bunga sebab naik pentas juga. Juna ni la fight dengan Dania dalam Sains Perniagaantani. Naik pentas setakat 3 sem ni dengan 3.9 atau 3.8 CGPAnya. Ada chance Juna jadi pelajar terbaik Sains Perniagaantani. 


Ni gambar setelah habis majlis. Masing-masing pakat ambik gambar kat luar. 


Senja dah mula menjelang. Cepat2 suruh seorang student ni tolong ambik gambar saya dan Dania. 




Sebelum tiba ke kereta sempat lagi snap. 


Ni pula gambar dari photographer Fakulti. 

Dari kiri Prof Madya Dr. Lim Teik Chung, Ketua Jabatan Sains Haiwan, Prof Dr. Loh Teck Chwen selaku Dekan Fakulti Pertanian dan Santhus selaku Pengarah majlis anugerah ini.  


Gambar ramai-ramai. Dania susah nak nampak ni tapi ye lah mak mak ni mata bionic agaknya boleh zoom ok....😅


Nampak dah...hehehe....


Terima kasih kepada Fakulti Pertanian kerana menganjurkan majlis ini. Boleh menaikkan motivasi mereka untuk terus berjuang dalam sem ini dan yang akan datang. Terima kasih En. Hanis dan AJK yang memberikan saya kerusi, En. Hanis yang memberikan saya roti jala. Bila makan sedap la pulak. Kat mana ordernya?....yang memberikan saya kebenaran untuk ambil video dan gambar Dania dan bagi kebenaran beri bunga kat Dania dan kawan-kawan. 

Majlis seterusnya nak pergi ke kalau ditakdirkan ada lagi rezeki Dania?. Macam segan sebab layanan baik sangat....

Terima kasih Dr Ju....ex Penasihat Akademik Dania yang meluluskan pertukaran kursus Dania ke Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian. Buat Prof. Dr. Loh Teck Chwen pula terima kasih sangat fatherly je bila menanya anak-anak yang naik ke pentas. Lembut je tutur kata. 

Sebenarnya masih terngiang-ngiang di telinga apa yang Prof Dr. Loh Teck Chwen beritahu Dania masa Dania dan saya berjumpa Dekan untuk bertukar kursus masa Dania baru masuk Bacelor (Ijazah). Prof kata 'saya suka orang yang berusaha'. Dania bawa surat dan attached sekali dengan resume. Walaupun masa tu tak dapat disebabkan kuota kursus telah penuh jadi Dania kena stay kat Bacelor Sains Perniagaantani tu selama setahun. Barulah cuba lagi sekali untuk bertukar kursus dan alhamdulilah Dania dapat kursus idamannya. 

Dalam kehidupan ni, tak semua yang kita nak tu  dapat. Kadangkala tak dapat, kadangkala dapat tapi kena berusaha sehabis baik dulu barulah dapat. Jadi....kalau tak dapat sesuatu tu jangan sedih....cuba lagi....mungkin Allah nak tengok usaha kita dulu sebelum Allah bagi impian kita. 

Terima kasih....




XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. tahniah dania smoga trus berjaya dunia akhirat...jarang tgk gmbr dania senyum nampak gigi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya Amy. Senyum confident la agaknya sebab beberapa hali sebelum sempat scaling gigi.

      Padam
  2. Alhamdulillah..tahniah Dania....Seronok la student lain dpt bunga jgk =D

    BalasPadam
  3. Tahniah Dania... and her parents too ❤️
    Tumpang happy utk semua anak² hebat ni... Kadang diorg nak tumpang bergambar sbb parents diorg tak datang kan... Seronoklah ada yg raikan mereka mcm mama Dania ni :)

    BalasPadam
  4. Tahniah Dania & rakan-rakan, aunty mieja tumpang berbangga...muahhhh muaahhhhh.....

    BalasPadam
  5. Tahniah Dania.
    Semoga terus sukses.
    Seronok anak-anak ini bila diraikan atas usaha mereka.
    btw, cantik mint green tu.. sesuai dengan Dania yang lembut.

    BalasPadam
  6. Congrats daniaaaa. Saya ikut senaaaang baca kabar ini 😍😍🤗. Semoga prestasi Dania bisa semakin meningkat nantinya.

    Sukaaa dengan baju yg dipakai Dania. Sweet sangat kak. Memang serasi. Dania pun nampak anggun di sini . Tapi memang Dania nih born to be effortlessly elegant 👍.

    Kak ezna pun memang terlihat ramah, dekat dengan teman2 Dania, jadi teman2 Dania pun banyak yg kenal dan ingin foto 😄👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bunga untuk majlis anugerah kecemerlangan

Majlis datang kembali jadi saya nak prepare beberapa bunga untuk diberikan kepada kawan-kawan Dania. Saje suka-suka.  Saya pun singgah la fl...