Khamis, Jun 19

Lepas Bibimbap, Hwachae pulak....

Dania kata lecturer Korea suruh bawa kimbap sebab nak makan sekali dalam kelas Bahasa Korea. Kalau kat FamilyMart nama dia Onigiri. Onigiri ni dalam bahasa Jepun. Kalau dalam bahasa Korea mereka panggil Kimbap.  

Saya beli lebih dan ada juga susu pisang saya beli. Saje nak share dengan group Dania nanti. Hari ni juga ada Speaking Test Korea juga. Moga lancar lisan Dania mengenali huruf hangul yang diberikan tu. 


Dania bawa semuanya dalam shopping bag warna pink tu. Nampak seronok sangat tu sampai cakap cepat ummi cepat Dania nak buat kimbap. 


Ada 4 orang satu group. Setiap seorang bawa Kimbap. Kemudian akan dilenyek macam ni. Ada 8 kimbap semuanya. 


Dicampur dengan sos Gojuchang. Lecturer yang bawa sos ni. Perisa macam2 tu ada sotong, tuna etc...bila dicampur dengan sos nama dia jadi Bibimbap. Bibim maksudnya mix, bap maksudnya rice / nasi. 


Dania dan kawan-kawan makan sebanyak 2 round Bibimbap sebab ada 8 kimbap ni (2 orang bawa 1 setiap seorang, Dania bawa 4 dan lagi seorang bawa 2). Setiap seorang juga dapat susu pisang atau Banana Uyu. Ada beli kat CU dan ada yang beli kat FamilyMart. Kenyang Dania kata. Paper plate dengan sudu pun lecturer yang bawa bersama bekas besi ni. Boleh la save duit makan untuk dinner nanti untuk 3 kawan Dania tu. Rezeki group Dania dapat makan 2 round sampai kenyang. 


Seronok betul la kelas Bahasa Korea ni sebab bukan sahaja belajar bahasa tetapi memperkenalkan juga budaya mereka melalui makanan dan permainan seperti ni....Dania kena buat ddakji ni. Dalam filem Squid Game ada. Kena terbalikkan ddakji lawan baru kita menang. Dania kata susah nak terbalikkan. 


Next week Dania kena bawa susu strawberry pula. Nak buat Hwachae. Apakah Hwachae?. Hwachae ialah minuman tradisi orang Korea yang juga dikenali dengan nama Korean Watermelon Punch atau Korean Fruit Bowl. Lazimnya disediakan masa musim panas di Korea.

Resipi :

Susu strawberry
Sprite / 7 Up
Susu pekat manis (ni kalau nak skip pun boleh sebab manis kan)
Buah-buahan seperti tembikai, pisang, strawberry, blueberry, mangga, nanas, tembikai susu. 
Satukan semua dan sedia untuk dihidang. 

Next week juga kelas terakhir mereka untuk semester ini. Kemudian seminggu Study Week dan selepas itu Final Exam. Eh cepat pula masa berlalu....nak masuk Year 2 pula. Kalau Dania tak tukar course, Dania nak masuk Year 3 dah. 




XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Bestnya.. xde lah boring belajar bercakap je

    BalasPadam
  2. Wahhh..Menarik ni..Trigt masa sekolah rendah subjek alam & manusia..Sy bwk berudu ke kelas =D

    BalasPadam
  3. Menarik la kelas camni kan ... supposedly dekat sekolah rendah pun patut ada learning style macam ni kan... Baru la enjoy
    Sy ni sampai skrg dok confuse bibimbap dgn kimbap ni haha... Si Kakak pandai la bab ni 😁

    BalasPadam
  4. best-best. semua yg dlm gambar tu sedap belaka. sambil belajar kita ngap-ngap.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah sambil belajar sambil mengenal budaya luar

    BalasPadam
  6. Tak pernah terfikir boleh buat bibimbap guna onigiri je! Jimat masa dan mudah rupanya 😁

    BalasPadam
  7. Kreatif lecturer Dania..memang best kalau ada aktiviti macam nih...semangat students jadinya kan...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Apa khabar? Baru Sempat nak datang menziarah.

    BalasPadam
  9. waahhh bestnyaa Dania! dpt bljr bahasa & juga budaya makanan Korea!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lepas Bibimbap, Hwachae pulak....

Dania kata lecturer Korea suruh bawa kimbap sebab nak makan sekali dalam kelas Bahasa Korea. Kalau kat FamilyMart nama dia Onigiri. Onigiri ...