Jumaat, Jun 20

Kenduri kahwin dan terjumpa .........

Kat kawasan saya ni ramai orang berumur yang lebih umurnya dari kami. Dah tentulah anak-anak pun dah besar2 kan....jadi bila anak dah besar tibalah masanya untuk mendirikan rumahtangga. Bertigalah kami menaiki kereta ke tempat majlis. Takdelah jauh mana tapi kena naik kereta juga sebab panas sangat kan sekarang ni. 

Banyak juga makanan yang dihidangkan. Nak ambik gambar beria makanan tu segan sebab ada satu Lecturer Fakulti Pertanian, UPM yang datang majlis juga. Hehe. Ni wefie kat tempat kami makan je la. 


Lepas tu ternampak Azian Mazwan juga kat sini. Selalunya nak terserempak dengan Azian Mazwan ni kat rumah kawan Dania sebab Azian Mazwan dan ayah kawan Dania tu sepupu. 2-3 kali juga jumpanya kat rumah kawan Dania tu. Kali ni terserempak kat sini jadi saya pun approach la ambik gambar dan tanyalah pertalian dengan rumah kenduri ni. Rupanya ada pertalian saudara dengan suami Azian ni. 

Terima kasih Azian sebab sudi ambil wefie dengan saya. Kalau adik saya la idak la dia approach macam saya ni. Kenal sangat adik2 saya tu. 😅. Nak masuk IG pun kata eh malu la.....

Azian ni artis dulu2 yang nyanyi lagu bukannya belas....bukan simpati....niat yang ikhlas letaknya di hati.....


Gambar pengantin ke apa ke tak ambik pula....Saya cakap dengan hubby asyik kenduri kahwin je kat sini...lepas tu dah kahwin dapat anak, majlis akikah pulak....elok je cakap macam tu ada jemputan akikah pulak....😅






XOXO,
Ezna

3 ulasan:

  1. Artis tu nama macam pernah dengar cuma muka tak ingat.

    BalasPadam
  2. Alaa tak kenal artis tu. Tapi nampak muda juga dia, artis awal 2000-an gitu lah ye?

    BalasPadam
  3. heehe i sama mcm adik u la bab2 nak bergmbr dgn mana2 retis. segan i hahahhah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kenduri kahwin dan terjumpa .........

Kat kawasan saya ni ramai orang berumur yang lebih umurnya dari kami. Dah tentulah anak-anak pun dah besar2 kan....jadi bila anak dah besar ...