Sabtu, Jun 28

Ikan Tilapia Merah fresh

Kebetulan masa saya pergi Kolej nak jumpa kawan Dania seorang ni dari kursus yang lama, saya nak hadiahkan pocket perfume sebab masa majlis anugerah tu saya bagi dia bunga je kemudian rasa macam nak top up lagi. Pocket perfume dari enchanteur ni boleh sembur sebanyak 250 kali. Kecik je perfume dia. Sesuai la pelajar letak dalam beg je. 

Masa nak jumpa Juna tu, kebetulan ada Ku Yana dan Shafiqah. Terus la saya panggil. Saya memang suka panggil kawan2 Dania dan sibuk la bertanya khabar. Ku Yana kata nak pergi bagi makan ikan. Terbuka la cerita mereka kena bela ikan untuk sem 4 ni untuk subjek Amalan Ladang : Akuakultur. Bila saya tanya boleh ke beli ikan? Sebab saya tahu kalau beli ikan mereka memang fresh la tapi tak nak bersaiz besar sebab ikan yang kecik sikit lagi sedap. 

Jadi hari yang dijanjikan pun tiba, saya nak pick up ikan saya. Kena pergi balik ladang yang Dania tanam bayam tu tapi kena pergi kat tempat mereka bela ikan. 


Sibuk saya nak tahu ikan apa yang dibela kat sangkar ni. Kat dalam ni ada ikan patin, siakap, ikan tilapia hitam, ikan tilapia merah, udang pun ada juga dan ikan yang lain. Nak lalu atas jambatan ni bergoyang la dan buat saya takut je. Hehe.


Meor bagi penerangan tentang alat kat tengah tu. Bila musim panas ni nak sejukkan ikan, mereka akan menggerakkan mesin tu....maaf jika salah pula penerangan saya...kalau tak silap saya la kan. 


Banyaknya ikan....ikan yang group mereka ni bela spesis Ikan Tilapia Merah. Ada 300 ekor semuanya. Mereka dapatkan dari supplier di Cheras. 


Senyum senyum....aunty nak ambik gambar tunjuk kat Dania. 
Depan dari kiri Denis dan Ku Liyana, Belakang tu Meor. 


Meor ni memang masa Dania kat Bacelor Sains Perniagaantani, boleh diharap dan berpengetahuan. Memang minat sangat dalam bidang pertanian. Boleh nampak passion dia. Kalau nak tanya apa-apa saya tanya Meor ni la. 


Ini salah satu contohnya....Meor siang ikan ni sampai bersih you alls. Elok dia siang. Kerja lelaki ni. Ku Yana kata elok je dia siang dan cepat pulak kerjanya. Terima kasih, cepat la kerja aunty nanti. Saya beli 1kg, dapat la 6 ekor ikan. 


Dah sedia untuk letak kunyit dan garam beserta tepung. Ikan ni ikan darat jadi selalunya ada baunya tersendiri. Hubby gosok guna daun serai nak hilangkan bau. Ikan ni dimasak pada hari saya beli tu. Lagi la fresh kan.         


Ikan setelah digoreng rangup. Kelar ikan macam tu rupa supaya dia cepat rangup. 


Alhamdulilah untuk rezeki dapat beli ikan ni. Ikan darat ni tak semua yang suka kan...tapi ada selalunya kat masakan orang Indonesia. Kalau nak cari ikan tilapia selalunya Restoran Geprek ada dalam menunya. 

Ada sesiapa yang suka makan ikan tilapia merah juga?




XOXO,
Ezna 

17 ulasan:

  1. Sy suka makan tilapia, tak kisah warna apa pun. Macam mana, Ezna.. okey tak rasa dia? Ada rasa tanah atau kolam atau rasa dedak ke? Sy pernah makan tilapia sungai Benut, sedap ya, tak ada rasa langsung ikan darat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok rasa dia tak ada hanyir pun (macam bau ikan darat biasa tu ada bau yang kuat). Agaknya tengok juga apa yang dia makan tu. Kawan2 Dania ni bagi makanan ikan biasa tu. Lagi satu kena tengok agaknya ikan ni duduk kat mana....

      Padam
  2. Sy suka semua jenis ikan hihi...
    Mak mertua sy goreng letak butter, katanya lebih lemak dan tak hanyir ikan tu nanti. Of course kena basuh bersih² dulu la kan...
    Semoga Meor dapat capai cita²nya. Seronok tengok anak² muda yg bersemangat gini. Yg lain² pun aunty doakan berjaya juga 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meor ni kan PH dulu saya suruh explain macam mana nak tanam bayam atas batas, macam mana nak meracun organik campuran apa dalam racun organik tu, macam mana nak kacuk buah. Eh semua dia jawab. Lain pun bersemangat tapi tak macam Meor ni. Kalau dalam kelas memang aktif.

      Terima kasih mendoakan mereka ya PH....

      Padam
  3. SA suka ikan talapia, tapi macam dh lama x makan, dulu PZ suka memancing selalu dapat tp yg hitam la...

    BalasPadam
  4. sedap ikan talapia merah....teringat masa bercuti dulu lat pulau....hari hari duk makan ikan talapia merah... memang ikan mahal...tapi kalau dah 3 hari berturut ikan talapia merah naik muak pulak hahahaha

    BalasPadam
  5. besar tempatnya....ikan-ikannya pon besar jugak

    BalasPadam
  6. Kat Lipis ni ada juga jual tilapia sangkar. Selalu jugak beli. Sedap buat bakar, pais tempoyak pun sedap. Goreng garing2 camni cicah kuah kicap pun sedap.

    BalasPadam
  7. Cuya semua jenis ikan makan tapi baru2 ni makan ikan keli tercekik tulang..ahh susah tapi tetap makan hahaha

    BalasPadam
  8. i suka mkn talapia bakar (kat kedai)...yums sgt! so far tak pernah lg it beli yg mentah...i jrg masak ikan laaa

    BalasPadam
  9. Tu dia ikan talapia merah fresh dari ladang.. sedap makan dgn nasi panas2..

    BalasPadam
  10. Bersih elok dia siang. Sedap betul dapat makan ikan fresh. Biasanya kalau ikan sungai ni mak saya basuh dengan limau kesturi bagi hilang hanyir dia. Ikan tilapia ni kalau digoreng begitu sahaja pun dah sedap dah.

    BalasPadam
  11. Fav kitaorang adik beradik Ikan Talapia nih sebab dulu masa kecik Arwah Abah suka memancing ikan mesti bawak balik Ikan Talapia..Ikan lain selalunya Arwah Abah akan bagi kat orang lain, tapi Talapia memang akan bawak balik rumah...best sangat dapat makan ikan goreng fresh fresh...

    BalasPadam
  12. Ikan kalau goreng garing apa lagi yang fresh, sedapnya kan

    BalasPadam
  13. Jarang beli ikan talapia sebab pernah experience makan rasa tanah/lumpur.

    BalasPadam
  14. sedappp..goreng pun dah sedap dah kan

    BalasPadam
  15. Sukaaaaaa pasti ya kalo ikan begini kak. Memang di sini banyak menu dari ikan air tawar kami sebut nya. Memang tak semua suka, sebab kadang ada aroma tanah kan. Tp saya malah suka aroma khas dia. Dan biasanya tak terlalu amis seperti ikan laut.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siput retak seribu dan pisang susu akhirnya jadi .......

Siput retak seribu atau lala yang dibeli kat Pasar Borong Selangor dah selamat dijadikan lauk. Mulanya ambik 1/2 ajer nak masak kemudian ten...