Lepas tu kami ke Petaling Jaya. Mulanya hubby ajak ke tempat motor berdekatan. Ni kat tempat motor tu la. Tutup la pulak.
Lepas tu berdekatan ada The Gasket Alley. Apa la yang Dania nak mencari tu...rupanya ada photobooth kat sini.
Punya la orang beratur nak masuk photobooth tu. Ambik gambar je kat sini.
Ni bangunan tempat kedai motor yang tutup tu.
Kemudian saje ronda-ronda masuk Universiti Malaya. Alang-alang dah dekat dah pun.
Masa ni lengang je kereta tak banyak.
Dewan Tunku Canselor.
Selalu nampak orang bergambar kat sini.
Lalu juga area Dania masuk MyESO (Malaysian Earth Science Olympiad). Dania dapat bronze medal untuk ini. Ia diadakan betul2 lepas Dania habis exam PT3. Masa orang lain tengah happy2 dah habis exam...Dania masuk ni pula.
Pokok besar-besar ni ala ala kat UPM je sebab pokok pun dah banyak umurnya macam umur Uni ni.
Pintu keluar Universiti Malaya.
Lepas ronda-ronda terus la balik rumah.
XOXO,
Ezna
Cantik baju Dania...menyerlah bila bergambar sorang² gitu
BalasPadamKami pun masuk U juga baru² ni...citer belum up :)
Mula2 PH beli baju ni Dania yang pih warnanya. Dalam gambar gelap sikit. Sekali dapat tudia merah.....nasib baik kena dengan warna kulit.
PadamUM ni dlu dkt dgn hostel mara amy..dr hostel dlu slalu tgk org main hoki....cantik bj songket dania tu..merah makngah
BalasPadamYa mulanya nampak merah gelap dalam gambar. Sekali dapat merah menyala. Oh ada asrama Mara ya...
PadamDewan Tunku Canselor tu nampak seram pula...kikiki.
BalasPadamtapi, kalau dalam gambar mesti lawa
Bangunan lama dah ni Linda. Tapi ya kalau lengang ni nampak seram tapi rasanya masih digunakan untuk konvokesyen.
PadamMacam bangunan tinggal je Dewan Tunku Canselor tu.
BalasPadamYa sebab bangunan lama kat UM ni tapi rasanya masih digunakan untuk konvokesyen.
PadamSaya sukaaaaa lah baju daniaa 😍😍😍. Pertama design memang cantik, kedua meraaaaaah pula 😍😍😍😍. Warna fav saya after purple 😁
BalasPadam