Rabu, Mac 19

Pembinaan semula Gaza

Umum tahu yang rakyat Palestin di Gaza perlukan sumber kewangan untuk membina semula negara mereka disebabkan kerakusan tentera Isra** yang merampas tanah mereka. Habis semua sekolah, masjid malahan universiti di bom. Rakyat biasa pun ramai yang mati begitu sahaja tanpa perasaan belas. Berapa ramai rakyat Palestin yang mati syahid. Walaupun ramai yang mati syahid....ramai juga yang masih memerlukan bantuan makanan, pakaian, tempat tinggal. 

Pada 8 Mac bersamaan 7 Ramadan, diadakan kuliah zohor bertajuk bangunkan jiwa takwa. Kuliah Zohor disampaikan oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor selaku penulis buku dan penasihat MyCare. 


Ada juga diadakan infaq untuk pembangunan Gaza. Infaq dari Surau Ar Ridhwan iaitu surau berdekatan dengan rumah kami....ada disediakan tabung di surau untuk para jemaah infaq beberapa hari sebelum kuliah ini diadakan. Kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM16,000. Alhamdulilah. Yang AJK berbaju merah Hj Khir ni selalu join dengan hubby kalau ada event berbasikal terutamanya di Putrajaya. 


Surau rumah kami ni ramai yang pemurah dan bermurah hati untuk menginfaqkan hartanya. Alhamdulilah. Moga Allah gandakan pahala infaq di bulan ramadan. 





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Moga Palestine bebas sebebasnya secepat mungkin.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah banyak tu berjaya kumpul RM16K. Saham akhirat.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah
    Masih ramai yang peduli

    BalasPadam
  4. alhamdulillah. barakallah fiihim jami'an

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    Semoga kita terus mengambil peduli kebajikan rakyat Palestine.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah moga barokah urusannya aminnn

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah banyak sumbangan yg berjaya dikumpul. Sedih pilu terluka semua ada bila dapat khabar terbaru yg mana saudara kita diserang semula

    BalasPadam
  8. Ya skr ini banyak juga lembaga kemanusiaan yg menggalang dana utk Palestine. Di sini pun ada beberapa. Walaupun tak semua saya percaya, tp ada lembaga yg memang saya dari dulu sudah yakin dengan mereka. Jadi selalunya kesana kalo nak ikut donasi

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tahniah banyak juga dpt dikumpulkan tu... insyallah nampak kecil utk bgun kan gaza tapi besar di akhirat nanti ..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...