Sehari selepas beli baju melayu kat Jakel ni, nak kena pergi tukar saiz pulak. Jadi saya pergi sorang la kat Jakel.
Warna yang nak tu boleh takde kat tempat banyak-banyak ni jadi staff ambil kat stor. Dia bawak keluar 3 kotak. Kalau tak ngam dengan saiz, boleh je tukar sehingga malam raya katanya tapi kalau tukar lambat takut pulak saiz kita nak tu dah tak ada kan....
Ingatkan Fattah Amin ni ada Traditional Pesak je tetapi cutting Modern Fit pun ada.
Ni masa saya nak turun nak balik ni. Lalu Hajra dulu. Terjumpa Dayana yang cantik manis ni. Rupanya Dayana ni adik kepada kawan Dania. Patutlah dok tersenyum kat Aunty. Boleh pulak dia cam saya dan katanya pernah nampak aunty berborak dengan ayahnya. Sebenarnya saya baik dengan atuk Zalilah. Atuk Zalilah ni yang baik dengan ayah2 kawan2 Dania jadi tu yang kenal tu. Kakak Dayana ni nama Darwisyah dan pernah sekelas dengan Dania. Berborak time tunggu anak masing-masing depan sekolah.
Dayana tengah layan customer...hehe sibuk je Aunty Ezna pun.
Ni kawan Dayana bernama Alisya yang layan saya membeli tudung. Mulanya saya tanya Alisya sekolah kat mana? Bila dia cakap SMK Jalan Empat....saya cakap anak Aunty pun sekolah situ. Eh eh Dayana menyampuk kata saya tahu anak Aunty sekolah situ. Hehe. Time tu saya interview nama kakak dia sebab Dayana kata kakak dia pun sekolah situ jugak.
Alisya ni layan saya sebab nak beli tudung untuk anak saudara dan kakak ipar. Kejap pilih tu rasa tak nak pulak...pilih yang lain...nak yang lain pulak. Susah betul nak buat pilihan. Lagi pun nak belikan hadiah untuk orang kena betul-betul puas hati.
Mereka ni bekerja Part Time sementara menunggu keputusan SPM diumumkan.
Ingat kot singgah Jakel ni nak tukar baju melayu je...meleret beli tudung pulak untuk orang lain. 😅
Balik tu, saya singgah beli kat kedai Acheh. Ada barangan untuk masakan berbuka nanti. Saya beli timun, daun salad dan buah tomato.
Beli Koay Teow juga.
Pilih pilih jangan tak pilih.
Beratur nak membayar ni tapi tak ramai pun orang.
Nanti tengok apakah masakan berbuka kami sekeluarga. 😁
XOXO,
Ezna
Seronok shopping.... macam banyak je tudung dibeli tu ya? hehe
BalasPadam2 helai je. Selebihnya tudung nak tengok je. Hehe
Padamnasibaik ada color yg nk tukar tu dlm stor ye..kalo pi kedai acheh mcm2 nk bli
BalasPadamTu la takde color kena la cari color lain pulak.
Padamnak masak apa la tu kan? keaw tiau goreng?
BalasPadamJeng Jeng. Masak nasi ayam MA. KTG masak hari lain pulak.
Padamkadang elok pergi kedai acheh, takde lah beli benda yang takde dalam list...
BalasPadamitu lah, baju melayu sekarang nie jenis slim fit, tak minat betul linda...kikiki
Ya Linda...tapi ada yang tradisional pesak. Hubby suka yang tradisional. Kalau slim fit ni memang tak berkenan. Ikut pilihan masing2 kan tapi yang muda selalunya suka yang moden la.
PadamDah lama x beli tudung brand hajra..Sy suka jgk tudung brand ni...Ade sehelai tudung tu dah 8 tahun kot..Tapi masih elok =)
BalasPadamBrand ni beli untuk kakak ipar dan anak saudara. Kebetulan turun tangga kat brand ni. Lagi pun rezeki nak jumpa adik kepada kawan Dania yang part time kat sini agaknya.
Padamkat area my perumahan pun ada kedai acheh ni..memang i singgah beli mcm2 kalau rasa nak masak2
BalasPadamDah bertahun tak pergi butik Hajra. Dulu masa zaman anak kecik kerap ke Hajra Shah Alam sebab kat situ banyak corak tudung Syria.
BalasPadamBaju Jakel my hubby pun baru smlm sampai, aritu oder kat kedai tak ada size.
BalasPadamTp kaler dia mcm tak match sgt dgn I punya, mls nk tukar. Biar lah asal ikut tone.
org pompuan kannn mana cukup beli 1 brg je😁
BalasPadamSaya nih blm bisa membedakan tradisional pesak, modern fit etc..banyak macam juga style baju laki2 ini yaa 😄. Nasib baik bisa diganti kak. Dan size yg di mau juga ada
BalasPadam