Ni cerita hari Jumaat last sebelum kita berpuasa ya. Bila dah ambik makanan, seperti biasa akan ke kaunter la nak membayar tapi...hari ni takde bayaran diterima. Boleh makan apa sahaja ya.
Saya ambik makaroni goreng dengan sukun goreng. Alamak....pedasnya makaroni ni. Terlebih cili lepas tu banyak betul lada hitam jadi macam panas pula kat lidah. Nak tak nak kena habiskan la. Sayang sebab makanan percuma kan?. Tak sampai hati orang beri makan, kita buang pulak. Berapa banyak cili la agaknya ya?. 😥
Dania makan mee. Air pula memang dah disediakan seleksi air panas dan air sirap ais.
Ni hubby punya dengan lauk ikan masak butter. Ada mee campur nasi goreng.
Makin lama bertambah crowd. Mungkin word of mouth la kata ada makanan percuma kat sini.
Seleksi lauk pauk.
Ni agak-agaknya tahu ke tak tahu ke ada makanan percuma kat sini?.
Seleksi air. Semuanya percuma. Ambil sendiri ya. Kali ni tak ada pekerja yang bantu ambikkan makanan / minuman.
Patut la tak ada yang jaga cashier macam biasa. Ada seorang yang berumur je duduk depan cashier. Beliau yang kata makanan percuma hari ini. Moga murah rezeki Haura Cafe kerana rezeki dikongsi pada hari jumaat yang mulia.
Langkah kanan kami pagi tu.
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah, semoga diberi kesihatan yg baik dan rezeki melimpah buat yg belanja. Ialah, takkan mentang free tak habiskan plak kan wpun pedas. Tapi semua nampak sedap tu.
BalasPadambestnya dpt free food tu
BalasPadamTengok warna makaroni tu pun nampak pedas huhu
BalasPadamRezeki jumaat dapat makan free
Alhamdulillah rezeki
BalasPadamalhamdulillah..rezeki
BalasPadamAlhamdulillah rezeki sebelum Ramadhan...
BalasPadamBaiknya owner kafe ❤️❤️❤️. Semoga makin berlimpah rezekinya
BalasPadam