Lepas balik dari KPJ Damansara, saya ada melawat rumah kekal mama dan papa saya. Kebetulan memang dah dekat sangat dah kat Bukit Kiara.
Mama....kami datang. Ena datang....sempat la cabut rumput yang panjang atas pusara. Macam takdelah panjang sangat sebenarnya. Batu tanda dari batu sungai. Area sini memang terjaga elok lah. Alhamdulilah.
Kebetulan nampak ada van jenazah pula pusing kat roundabout ni. Area sini ngam-ngam je. Sempit sikit la. Ada nak tanam jenazah la kat sini.
Mama kat bahagian atas, kat bahagian bawah ni kubur anak kecil. Kawasan bawah ni nampak lama dan agak suram je sebab pokok-pokok rimbun.
Ini pula papa....hampir tak jumpa pusaranya sebab lama juga mencari. Nasib baik pusara belakang papa ni ada lot pusara yang menyamai nombor kereta kami. Kebetulan sebenarnya. Itulah petunjuknya. Jadi, depan tu pusara papa.
Pun sama....rumput tak berapa panjang. Cabut sikit2 je rumput yang terlebih tu.
Walaupun tak selalu melawat mama dan papa tapi Ena tetap tak lupa titipkan doa dalam solat. Moga baik2 ajer mama dan papa kat sana.
Hari yang sama ada perkhabaran duka dari Ipoh. Sepupu saya bernama Farizal Edmi meninggal pada usianya 54 tahun (kalau ikut hari jadi bulan Mei nanti baru cukup 54 tahun). Dipanggil ilahi pada bulan yang mulia. Kami tak dapat nak balik tapi adik saya Eja & Ema ada balik Ipoh. Moga husnul khotimah.
Ezna
Al-fatihah (dibaca) utk mereka2 yg telah meninggalkn kita..Semoga sedekah kita smp kpd mereka disana..Amin
BalasPadamInnalillah...Salam Takziah...
BalasPadamSemoga roh arwah sepupu Kak Ezna dicucuri rahmat Allah, Aamiin...
Perkuburan yang tersusun ni 👍🏽
BalasPadamSaya pun jarang sangat ziarah kubur bapak di kampung. Tapi insyaAllah doa sentiasa dikirim buat orang tua kita.
Takziah Ezna dan keluarga atas pemergian sepupu.
BalasPadamMoga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.
salam takziah utk arwah cousin ezna
BalasPadamInnalillahiwainna ilaihirojiunnn. Semoga roh mereka yg pergi terlebih dahulu dicucuri rahmat, Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnn.
BalasPadamTakziah...
BalasPadamsalam takziah buat kak ezna dan keluarga sepupu...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.aamin
BalasPadamAlfatihah, salam takziah buat arwah sepupu Ezna, SA pun lepas raya nak naikkan kepuk untuk arwah mak...kos pun tinggi skit...insyaallah kami sharing nanti
BalasPadamsalam takziah...ari tu masa i balik kg, sempat melawa pusara MIL FIL dan relatives mr hubby
BalasPadamSudah lama orang tua kak ezna berpulang ya? Semoga almarhum papa dan almarhumah mama selalu ditempatkan dalam golongan orang beriman dan dilapangkan juga diterangi kubur mereka.
BalasPadamKalo di sini banyak kubur kluarga yg saling menumpang. Macam kubur mertua saya, dalam 1 liang ada 3 orang, adik ipar saya yg meninggal ketika usia 8 THN, lalu papa mertua, dan di atasnya mama mertua. Sebenrnya utk memudahkan kami nantinya, makanya dibuat 1 liang . Tp maksimal hanya 3
Semoga mama dan papa ditempatkan bersama para ahli syurga. Terasa diri ini kurang ziarah kubur ayah walau dekat sahaja..
BalasPadam