Rabu, Mac 5

Man Ayam Kampung akhirnya….

Post ni keluar lewat sikit la daripada biasa sebab post makan-makan. Ada hari tu yang kami nak pergi ayam kampung yang ini tapi waze bawa kami ke Mad Ayam Kampung kat post ni. Sebetulnya nak pergi sini la. Sampai juga kami akhirnya. Kat sini tenang sikit tak ramai sangat orang. 


Memang berkembar dengan Taco Bell. 


Lauk pauk. Masih ada siput sedut tapi saya cuma tengok je. Tak terasa pulak nak makan. 


Seleksi yang lain pulak. 


Pucuk manis masak lemak pun ada. Pucuk manis ni sama ke dengan cekur manis?. Kalau sama memang saya ada juga tanam kat belakang. 


Ayam kampung. 


Ulam-ulaman. 


Lagi pilihan...


Makan kat hujung sekali sebab apa?...Dania nak makan Taco Bell jadi nanti akan join la kemudian. Ni tengah membeli Taco Bell. 


Saya ambik ni je. 


Pilihan lauk hubby. 


Makan kat hujung ni takde la nampak sangat tak makan yang Ayam Kampung kan....


Dania pilih chicken quesadilla combo sekali dengan air ice lemon tea. 


Sedap jugak la. 


Dalam set ada chips ni. Sedap. 


So...dua dua Ayam Kampung dah makan tapi yang sini lauk pauk dia tak sebanyak kat Mad Ayam Kampung. Situ memang banyak dan crowd pun boleh tahan. Kalau hanya nak makan ayam kampung, sini pun boleh...sana pun boleh. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. Saya suka ayam kampung tp nak masak sendiri tak reti. Liat kan dagingnya...
    Pucuk manis dan cekur manis sama Ezna. Kami org Kedah ada yg panggil pucuk asin² juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung goreng ajer yang reti PH. Isi dia liat sikit kan....tapi saiz dia kecik je. Oh sama rupanya cekur manis dan pucuk manis. Ok bab pucuk asin2 kena tanya hubby mesti dia panggil sama gak.

      Padam
  2. pucuk manis tu sama la dengan cekur manis... panggilan aje berbeza. Taco bell tu nampak menarik berbanding lauk kat kedai ayam kampung tu..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh baru akak tau sama rupanya. Oh nanti boleh la akak masak pucuk manis tu pulak. Haha Taco tu makanan Mexico ya Yan suka. Akak tekak tak terasa nak makan Taco Bell pulak hari tu.

      Padam
  3. Sampai sekarang uncle tak pernah cuba tacobell

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan Mexico tapi sedap juga UG sesekali kalau tak nak makan nasi.

      Padam
  4. Sedapnya ayam kampung, lama tak makan. Goreng saja pun sedap. Taco bell belum try.

    BalasPadam
  5. Macam pernah makan kat kedai ayam kampung ni. Ingat2 lupa.

    BalasPadam
  6. bolehlah i suggest kat mr hubby these 2 places sbb dia memang penggemar ayam kg

    BalasPadam
  7. Ayam kp ini sedap, tapi tuh lah, size dia lebih kurus dr ayam negeri 🤣. Makan 1 tak cukup. Tapi saya suka dagingnya lebih sedap dan berasa. Ayam negeri cendrung besar tp hambar

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...