Isnin, Mac 3

Juadah berbuka hari kedua

Hari kedua berbuka masak apa?.
Dalam confuse la nak masak apa terjadilah lauk-pauk ini. Ada lebihan ikan salmon jadi masukkan sekali dalam sayur pak choy dan kacang buncis. 


Ikan gelama masam. Seekor je goreng sebab yang makannya selalunya saya. Ada la cili kering dengan potongan bawang besar. 


Sambal sotong. 


Hubby hari ni sakit urat jadi work from home. Masa solat berjemaah asar di surau, ada yang letak pisang yang banyak. Macam kita beli kat pasar / kedai tu setandan...setandan. Hubby kata muslimat cakap kalau buat cekodok pisang sedap sebab pisangnya dah masak betul. Terjadilah cekodok pisang pulak. Alhamdulilah. 


Simple bebeno la. Ada lebih kita buat. Selalunya dua lauk pun dah cukup. Alhamdulilah untuk rezeki hari kedua ni. 





XOXO,
Ezna
 

19 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. salam 3 ramadan utk ezz sefamili

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Suzz.... sama juga untuk you and family juga :)

      Padam
  3. sambal sotong camtu kita suka tp sambal ezna tk merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab sambal ni letak minyak sikit je, patut banyak sebab nak bagi merah tu.

      Padam
  4. Lauk sy semalam pun simple jgk sis =)

    BalasPadam
  5. Cekodok macam ni memang fav saya...suka jenis yang pisang banyak dari tepung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekodok ni memang ya Sue banyak pisang. Pisang pun free alhamdulilah orang sedekah.

      Padam
  6. Sedap tu cekodok pisang. Lama saya tak makan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. rezeki berbuka. Saya pun tiada menu yang special, biasa je seperti hari-hari biasa.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..simple pun sedap

    BalasPadam
  9. Sedapnya cekodok Pisang tu. Lauk pun sedap tu walaupun simple.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekodok tu tiba2 je ada sebab ada rezeki dari surau pisangnya tu Mulan.

      Padam
  10. Saya dah mulai buntu nak masak apa 🤣🤣. Jadi harus mencari resep2 baru lagi. Tp kalo bulan puasa LBH suka yg simple, Krn tak bisa mencoba saat masak kan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...