Jumaat, Mac 7

Suasana terawih di surau

Masa ni berjalan kaki dengan Dania ke surau. Lepas maghrib, selesaikan apa yang patut kemudian bersiap-siap untuk ke surau. Harus awal sebab tak nak solat kat bahagian atas, nak solat kat bahagian bawah sebab atas ramai kanak-kanak jadi suasana tu lain. 


Dalam surau, kami saf yang kedua. 


Ada yang menangkap gambar ni tak tahu siapa tapi masuk dalam group whatsapp surau. Ini bahagian bawah. Best sebab ada carpet. Kalau kat atas cuma lantai kayu. Kalau solat kat bawah ni aircond dia nyaman la. 


Bahagian bawah ni dihadang dengan penghadang kayu bercorak. 


Ni kat bahagian atas. Nampak kan...lantai dia kayu. 


Ni hari pertama kot. Sampai keluar jemaahnya. Ni kat pintu utama surau. Tu yang pentingnya datang awal. 


Ruangan dalam tapi masih bukan di hadapan la. Bahagian muslimin ruang hadapan tak ada pula yang ambil gambar. 


Ni setelah selesai terawih 8 rakaat. Suasana malam yang menenangkan. Kat surau ni buat 20 rakaat. Kalau 8 rakaat tu termasuk solat Isya', selesai dalam jam 9.45 (kalau imam baca surah panjang) atau dalam 9.30 (kalau imam baca surah pendek). 


Post yang ni saya share hari pertama dan kedua je nak tunjuk suasana solat terawih di surau berdekatan rumah saya. Mungkin akan ada post suasana hari terakhir solat terawih di surau jika semua mengizinkan la. Mungkin agak sunyi la sebab mungkin ramai dah pulang ke kampung. 

Macam mana suasana terawih di tempat anda? Mesti meriah kan? Idak la saya nak post setiap malam terawih ya. Lain macam pulak 😅





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. Masjid di taman perumahan kami penuh sesak. Jadi Encik Suami solat tarawih di masjid kampung sebelah. Saya tak ikut. Katanyatidaklah sesak macam masjid di taman kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow sampai sesak ya. Tunggu la bila Ramadan nak berakhir kurang sikit sesaknya.

      Padam
  2. Alhamdulillahhhh seronoknya meriah jemaah sampai keluar

    BalasPadam
  3. meriah, ramai jemaah nya...surau nya pun besar, ada 2 tingkat...linda terawih di surau hospital je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya 2 tingkat surau ni cumanya akak suka kat bawah sebab atas ramai kanak-kanak.

      Padam
  4. Surau kami pun dengarnya melimpah juga 1st Ramadhan hari tu alhamdulillah. Kena pula Ahad cuti kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bila start hari cuti memang meriah la PH.

      Padam
  5. Cuya dan ibu tak pergi terawih masjid sebab ibu kaki dia tak berapa sihat.
    Ayah sorang je pergi masjid... Sebenarnya dah beberapa tahun ibu dan Cuya tak dapat pergi terawih

    BalasPadam
  6. kalau masjid kat rumah saya masa first tarawih tu ramai orang sampai kena solat belah luar, 2nd day tinggal 4 saf je

    BalasPadam
  7. mggu pertama ramadan mmg kena dtg awal. kalau x solat kat kaki 5 laa nmpk nya sbb ramai kan..

    BalasPadam
  8. Ramaaaai ya kak 😍. Jadi ingat zaman saya kecil, mesjid di komplek rumah saat di Aceh, juga selalu ramai di hari pertama hingga terakhir. Dulu rasanya jarang orang2 mudik, sebab yg saya ingat di komplek rumah, hari pertama lebaran semua teman papa ada di rumah, dan kami saling berkunjung.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...