Khamis, Mac 6

Kecewa dengan layanan Lomang Paneh Nogori

Kami ada breakfast sehari sebelum puasa kat sini. 


Saya dan Dania order lempeng dengan sambal ni. Sambal dia berapi sikit. Lempeng ni tak berapa suka sebab lempeng kelapa tapi sebab lempeng pisang tak ada kami ambik je lempeng kelapa. 


Ada juga kari tapi karinya hmmm....tak boleh masuk pulak. 


Ramai yang makan kat sini pagi sabtu sebelum berpuasa tu. 


Air kami tiba lewat. Mulanya dah order kemudian tukang buat air entah bawa order kat meja mana. Ada pekerja ambik order air kami juga untuk kali kedua. Bila nampak adik air datang kemudian terpinga-pinga air perlu dihantar ke siapa....time tu saya panggil tanya itu air apa? Ternyata ada teh o suam dan air suam air yang kami order. Saya tanya mana nombor?. Dia kata dah tak ada. Habis apa tujuannya ambik order???. 


Hubby ada order lemang. Tak lama kemudian datang adik ambik order kata lemang ada tapi rendang habis. Ok kami kata nak lemang je sebab lemang boleh je kita cicah dengan kari ke, sambal tumis ke kan....Lama....tunggu punya tunggu, lemang pun tak sampai. Pergi ke tempat lemang. Orang handle lemang tu orang lain ya. Nak tau apa??? Lemang pun habis. Dia dok sibuk buat order pelanggan yang take away. 

Sebelah meja kami pun ada order yang tak sampai. Air pun tak sampai lagi padehal mereka datang awal lagi daripada kami. 😅. Mereka order lemang juga dan agak bengang sebab terdengar saya cakap pasal lemang yang kami order tu dah habis. 😒

Tak sistematik sungguh la saya rasa. Tak payah la ambik order lain kali, kita je berdiri tempat buat air ke, lemang ke...pasti dapat la order kita. Entah apa gunanya ambik order ya?. 
 
Tak tunggu lama dah lepas minum terus la balik dengan perasaan kecewa gundah gulana. Nak repeat lagi memang tidak la. Kita ke kedai lain pulak la. 





XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. Saya kalo jadi mcm ni angkat kaki terus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...kalau meja sebelah dah muka masam dari kami baru tiba lagi. Patutlah....rupa-rupanya order mereka tak tiba lagi.

      Padam
  2. Aduhai..Sy yg baca pun terasa panasnya...=D

    BalasPadam
  3. Kalau sy bukan sahaja kecewa tapi marah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ya juga tapi tu lah....ramai sangat orang sampai camtu jadinya tapi takkan ambik order tak letak no meja kan?.

      Padam
  4. Mmg tak repeat la kalau gini kan...
    Sy paling x suka kalau org order kendian dapat dulu. Nmpk sgt diorg tak ikut no kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya PH. Nak kata ambik order ya ambik tapi bila nak hantar order berterabur.

      Padam
  5. ke sebab hari tu ramai orang, jadi caca merba sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya orang ramai juga tapi yang peliknya bila ambik order ok dah, bila nak hantar order terpinga-pinga. Tak tulis no meja ke apa?.

      Padam
  6. uishhh i dgr pun geram hahhah memang tak de sistem la tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz. Macam kena tunggu depan orang buat air ke, senang dia buat terus.

      Padam
  7. Geramnya kalau kedai jenis tak sistematik ni. Potong mood betul kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Terus macam tak lalu nak makan. Nak cepat2 je balik.

      Padam
  8. Ada kalanya berhadapan dengan situasi begini.
    Panas.... sakit hati.

    BalasPadam
  9. Memang tak suka kalo service lambaaaat begitu. Dah ambil order tp lama. Salah pula tuh 😂. Kalo tak cukup orang, ya tambah staff.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Fanny. Entah kenapa jadi macam ni. Kalau tak cukup staff tak payah la buka kedai.

      Padam
  10. patutnya bagitau awallah lemang takde. buang masa kita je tunggu

    BalasPadam
  11. mcm 1st time berniaga pula... kalau dah habis ckp je laa dah habis...buang ms kite je kann

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pemergian dan Perpisahan

Dalam dunia ni ada bermacam cerita kisah suka duka. Hari ni dapat perkhabaran jiran lama kami meninggal disebabkan kanser hati. Kisahnya ber...